Trafik

Sunday, 29 September 2013

Alamat Atau Tanda-tanda Kiamat


Tidak seorangpun dapat mengetahui waktu berlakunya kiamat. Allah SWT merahsiakan masa akan berlakunya kiamat agar manusia sentiasa berwaspada dan bersiap-sedia menghadapinya.

Firman Allah SWT maksudnya:
Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat, Katakanlah, sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah, dan tahukah kamu bahawa boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab : 63)

Walaupun kita tidak mengetahui bila akan berlaku kiamat, akan tetapi, Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita tanda-tanda sebelum berlakunya kiamat. Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda Kecil

Segala urusan agama, ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya
Anak derhaka kepada ibu bapanya
Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan
Manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi
Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam
Wanita berkelakuan dan berpakaian menyerupai lelaki dan sebaliknya

Tanda-tanda Besar

Munculnya Imam Mahdi untuk menegakkan Syariat Islam
Keluar Dajjal yang akan menyesatkan manusia
Turun Nabi Isa Alaihis Salam
Keluarnya Yaajuj dan Maajuj
Keluar Dabbatul Ardhi (binatang melata bumi)
Matahari terbit dari Ufuk Barat

Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3
Foto Sumber

No comments:

Post a Comment