Trafik

Sunday, 22 September 2013

Ada Orang Tidak Percaya Wujudnya Alam Barzakh

. azab kubur


Foto mayat pemuda selepas 3 jam dikuburkan, kredit kepada Blog HAR

Hukum Beriman Dengan Alam Barzakh

Setiap muslim wajib beriman dengan alam barzakh. Hal ini telah disebut dengan jelas di dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Contohnya :

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya kubur itu satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang api neraka.

(Riwayat Tarmizi)

Keadaan seseorang itu di alam barzakh bergantung kepada amalannya semasa di dunia. Orang mukmin yang taat akan tenang dan bahagia di alam barzakh, manakala orang yang kafir dan ingkar akan berada dalam keadaan derita dan sengsara.

Sabda Nabi SAW : Sesungguhnya kubur ialah persinggahan pertama daripada beberapa tempat persinggahan pada hari akhirat, sesiapa yang terselamat daripada azab kubur, maka selepas itu semuanya akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tidak selamat daripadanya, maka selepas itu semuanya menjadi lebih susah.

(Riwayat Tarmizi)

Sehubungan dengan itu, kita hendaklah selalu menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah agar wujud keinsafan dalam diri.


Sabda Nabi SAW : Tiga perkara yang mengiringi mayat, iaitu keluarga, harta, dan amalannya. Dua perkara akan pulang iaitu keluarga dan harta kekayaan, manakala yang satu lagi akan tetap bersama mayat itu iaitu amal perbuatannya.

(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Tarmizi)

Contoh azab kubur di alam barzakh dalam Al-Quran:

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, : “Keluarkanlah nyawamu” Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah yang tidak benar dan kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.

 (Surah Al-Anam : 93)

“Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.” 

(Surah At-Taubah : 101)

Di ayat ini teramat jelas bahwa Allah SWT menyiksa orang zalim itu dua kali, iaitu pada alam kubur dalam kematiannya yaitu setelah nyawa dicabut hingga menjelang hari kiamat dan berikutnya adalah siksaan setelah hari kiamat yaitu di dalam neraka. Nauzubillah.

Sumber : Buku Teks KBSM Tingkatan 3


No comments:

Post a Comment