Pelaksanaan Al-Mizan adalah untuk menentukan tempat seseorang sama ada ke syurga atau ke neraka.
Firman Allah SWT
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬
(Maksudnya : Dan adapun orang yang berat timbangan kebaikan, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbang kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah. (Surah Al-Qariah : 6-9)Ayat di atas menerangkan bahawa berat atau ringan timbangan seseorang itulah yang menentukan tempatnya samada ke syurga atau ke neraka. Beriman kepada Al-Mizan akan mendorong kita rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh supaya timbangan kebaikan kita menjadi berat pada hari kiamat.
Beriman kepada Al-Mizan juga akan memantapkan akidah dan syahsiyah kita. Keyakinan kita bahawa Allah SWT maha adil akan kukuh kerana Al-Mizan membuktikan keadilan Allah yang mutlak dalam memutuskan hukuman ke atas manusia. Syahsiyah kita pula akan mantap kerana beriman kepada Al-Mizan menuntut kita supaya mengamalkan sifat adil dan tegas pendirian dalam kehidupan. Oleh itu, kita wajib beriman kepada Al-Mizan dan jangan meragui kewujudannya.
No comments:
Post a Comment