Trafik

Sunday, 22 September 2013

Dahsyatnya Saat-saat Kematian

Foto kredit Dahsyatnya Sakarat

Dalam satu program qiamullail yang telah diadakan di sebuah sekolah menengah, Ustaz Abdullah telah menyampaikan kuliah subuh yang bertajuk Saat-saat Kematian. Antara petikan ceramah yang telah disampaikan oleh beliau adalah seperti yang berikut :

Murid-murid sekelian,

Setiap yang hidup pasti akan mati. sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasa mati, kemudian kamu dikembalikan kepada Kami."

(Surah Al-Ankabut : 57)

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Saat kematian ialah saat yang paling mendebarkan bagi setiap orang. Bayangkanlah, sekiranya terdapat sedikit luka di badan sudah terlalu sakit kita menanggungnya, maka bagaimana pula pedihnya ketika nyawa hendak diceraikan daripada badan?

Rasulullah SAW ketika menghadapi sakaratul maut, baginda telah memasukkan tangan ke dalam mangkuk yang berisi air, lalu baginda menyapu muka dengan air tersebut seraya berdoa :

"Ya Allah, berikanlah pertolongan kepadaku menghadapi kepedihan mati dan sakaratul maut!"

Cuba kita bayangkan, Rasulullah SAW sendiri terpaksa juga meminta pertolongan Allah dalam menghadapi saat-saat kematian, maka apatah lagi kita sebagi umatnya yang banyak melakukan dosa kepada Allah.

Oleh itu, marilah kita menyediakan bekalan dan persiapan untuk menghadapi saat kematian dengan mentaati perintah Allah serta menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Kita hendaklah berdoa kepada Allah agar dikurniakan husnul khatimah iaitu mati dalam keadaan beriman dan mentaaati perintah Allah. Ingatlah pesanan Nabi kepada kita :

"Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak soleh yang mendoakannya."

Lagi tambahan ayat Al-Quran mengenai yang hidup pasti akan mati:

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." 

(Surah Ali Imran:185)


Sumber : Buku Teks KBSM Tingkatan 3



No comments:

Post a Comment