Trafik
Sunday, 22 September 2013
Bagaimanakah Kehidupan Di Alam Barzakh?
Foto kredit kepada Salam Yatim
Alam barzakh biasa di sebut alam kubur, bagaimana jika si mati tiada kubur?, jadi lebih sesuai ianya dipanggil alam barzakh kerana lebih luas skopnya iaitu alam di antara kehidupan dunia yang fana dengan alam akhirat.
Ada 2 bahagian kehidupan di alam barzakh:
1. Mendapat nikmat dan ketenangan bagi orang mukmin
Orang mukmin yang taat seperti menunaikan solat fardu serta patuh kepada arahan ibu bapa dan guru akan dilapangkan kubur mereka seluas 7 hasta. Mereka akan dilayan dengan baik oleh para malaikat. Kehidupan mereka seumpama berada di taman syurga dan mererka juga diberitahu dengan ganjaran syurga yang akan diterima di akhirat.
2. Mandapat azab dan sengsara bagi orang fasik dan kafir
Orang yang fasik seperti meninggalkan solat fardu dan derhaka kepada ibu bapa akan dihimpit oleh kubur sehingga tulang rusuk kanan bertebu tulang rusuk kiri. Kemudian akan datang kepada mereka binatang-binatang berbisa seperti ular dan kala jengking yang akan mematuk dan menyengat tubuh badan mereka sehingga hari kiamat.
Sebenarnya jika kita mahukan nikmat dan ketenangan, kita tidak ada pilihan lain selain memilih untuk menjadi mukmin sejati.
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3
Labels:
Alam Barzakh,
Azab Kubur,
Ingkar,
Kafir,
Mati,
sakaratul Maut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment