Trafik
Friday, 27 September 2013
Hikmah Mengingati Mati & Alam Barzakh
Bila tiba musim Ramadan, ramai daripada masyarakat kita akan mengingatkan Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai jenis masakan untuk berbuka puasa.
Tetapi kita sering lupa untuk mengingati mati dan alam barzakh (bukan bazaar walaupun bunyinya hampir sama), sedangkan terdapat banyak hikmah dan pengajaran apabila kita mengingatinya, sebagimana berikut :
Bagi individu
Dengan mengingati mati dan alam barzakh
1. Individu itu akan sentiasa istiqamah dalam ibadat dan bersifat zuhud.
2. mendorong diri melakukan amal yang soleh.
Masyarakat
Dengan mengingati mati dan alam barzakh
1. Akan mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.
2. Suburnya aktiviti ziarah-menziarahi serta membantu meringankan beban kematian kepada keluarganya.
Negara
Dengan mengingati mati dan alam barzakh
1. Negara akan bebas dari penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah dan kezaliman.
2. Rakyat dan negara bertambah stabil dan madani (bertamadun).
Antara sebab apabila banyak berlaku jenayah, zina, gila pangkat dan gila harta serta penyelewengan ialah berpunca dari pemimpin dan rakyatnya tidak mengingati mati dan tidak takut akan azab pedih siksaan kubur malahan kadangkala berbangga pula dengan dosa dan kemungkaran yang mereka buat. nauzubillahi minzalik.
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3
Sumber Foto rotten (busuk)
Labels:
Alam Barzakh,
Azab Kubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment