Trafik

Sunday, 6 October 2013

Hukuman Kaki Maksiat

http://www.malaysiaedition.net/wp-content/uploads/2013/09/maut-terjun-hotel.jpg
 Foto lelaki terjun hotel, elak dari di tangkap khalwat klik


Ahli maksiat juga pada zaman sekarang disebut kaki maksiat iaitu orang yang suka melakukan dosa dan kemungkaran, malahan kadangkala sampai peringkat menjadi hobi seperti ketagih minum arak, kemaruk membuka aurat dan suka berjudi.

Melakukan maksiat sahaja tidak mengeluarkan dari agama (murtad)

Kami telah nuqilkan perkataan At-Tahawi rahimallah " Dan kita tidak mengkafirkan seseorang pun dari ahli kiblah dengan sebab dosanya, selama ia tidak mengatakan halal perbuatan itu. Dan kita tidak berkata : Iman tidak mudarat oleh dosa bagi seseorang yang melakukannnya."

Di sini kami nuqilkan perkataan An-Nawawi rahimallah " Ketahuilah bahawa mazhab ahlis sunnah dan pendapat ahlil haq dari ulamak salaf dan khalaf bahawa setiap yang mati dalam keadaan ia mentauhidkan Allah, walau bagaimanapun keadaannya, ia akan memasuki surga, jika seseorang itu bersih daripada dosa seperti kanak-kanak kecil, orang gila, orang yang gilanya berhubung dengan masa balighnya, orang yang bertaubat dengan taubat yang sahih daripada syirik atau dosa dan tidak melakukan dosa selepas taubatnya,  orang yang tidak pernah melakukan dosa, tiap-tiap golongan itu akan memasuki syurga dari awal-awal lagi dan tidak akan memasuki neraka, tetapi mereka akan melalui neraka dengan cara-cara yang berlainan sebagaimana yang dimaklumi.

Menurut pendapat yang sahih bahawa yang dikehendaki dengan melalui neraka itu ialah melalui di atas asy-syirot (titian) yang dibentang di atas neraka jahanam.

Adapun orang yang berdosa dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia berada dalam mashiah Allah : Jika Allah menghendaki nescaya Allah akan ampunkan dan memasukkan ke dalam syurga dari awal-awal. Jadilah ia seperti golongan yang pertama. Dan jika Allah menghendaki nescaya Allah menyiksanya sekadar yang Allah kehendaki, kemudia memasukkannya ke dalam syurga.

Sumber Terjemahan buku Al-Iman, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya : Muhammad Naim Yassin




No comments:

Post a Comment