Masih ada lagi di kalangan masyarakat tidak mempercayai adanya ganjaran pahala dan balasan dosa. maka berbuat kerosakanlah mereka di muka bumi ini sesuka hati mereka kerana tiada ancaman dan tiada ketakutan malahan berbangga dengan dosa yang mereka lakukan. Astagfirullah-al-azim.
Kepentingan beriman kepada pahala mendorong umat Islam gemar melakukan kebaikan ke arah membangunkan negara tanpa mengira kepentingan peribadi. Ia juga menjadi pendorong dan sumber motivasi dalam kehidupan. Mereka akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu kerana mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Hanya umat yang bersungguh-sungguh sahaja mamnpu membina tamadun manusia.
sebaliknya
Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada pahala akan terjerumus melakukan sesuatu bukan atas kepentingan orang ramai tetapi atas kepentingan pribadi, kepentingan suku-sakat dan keluarga, kepentingan rakan rapat dan rakan kongsi. Ia akan menjadi tamak haloba dan untuk melicinkan urusan biasanya mereka akan mengambil jalan mudah seperti melakukan rasuah dan penyelewengan. Jika ini berlaku, maka ia adalah tanda-tanda kemusnahan susuatu tamadun dalam kehidupan manusia.
Kredit Foto Muslim Village
Sumber dengan tambahan Buku Teks KBSM Tingkatan 3
No comments:
Post a Comment