Trafik

Sunday 22 September 2013

Kematian dan Alam Barzakh Satu Kepastian



Foto Mayat diusung melalui sawah bendang kredit kepada klik

Maksud Kematian dan Alam Barzakh

Mati ialah perpisahan roh daripada jasad dan merupakan satu kepastian. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Mati ialah proses perpindahan daripada kehidupan di alam dunia ke alam barzakh.

Barzakh dari segi bahasa bermaksud pemisah. Menurut istilah syarak, alam barzakh ialah satu kehidupan di antara kehidupan di dunia dan di akhirat. Alam barzakh merupakan alam bagi orang yang telah meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari kiamat.

Ketika berada di alam barzakh, manusia akan disoal mengenai amalan-amalannya  semasa hidup di dunia. Mereka yang melakukan amalan soleh ketika hidup di dunia akan selamat dan bahagia di alam barzakh, manakala orang yang ingkar kepada Allah akan sengsara.

Sumber : Buku Teks KBSM Tingkatan 3

1 comment: