Trafik

Tuesday 7 January 2014

Kepentingan Beriman Kepada Peristiwa Al-Mizan


Pelaksanaan Al-Mizan adalah untuk menentukan tempat seseorang sama ada ke syurga atau ke neraka.

Firman Allah SWT
 فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ 
(Maksudnya : Dan adapun orang yang berat timbangan kebaikan, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbang kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah. (Surah Al-Qariah : 6-9)

Ayat di atas menerangkan bahawa berat atau ringan timbangan seseorang itulah yang menentukan tempatnya samada ke syurga atau ke neraka. Beriman kepada Al-Mizan akan mendorong kita rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh supaya timbangan kebaikan kita menjadi berat pada hari kiamat.

Beriman kepada Al-Mizan juga akan memantapkan akidah dan syahsiyah kita. Keyakinan kita bahawa Allah SWT maha adil akan kukuh kerana Al-Mizan membuktikan keadilan Allah yang mutlak dalam memutuskan hukuman ke atas manusia. Syahsiyah kita pula akan mantap kerana beriman kepada Al-Mizan menuntut kita supaya mengamalkan sifat adil dan tegas pendirian dalam kehidupan. Oleh itu, kita wajib beriman kepada Al-Mizan dan jangan meragui kewujudannya.

No comments:

Post a Comment