Trafik

Saturday 18 January 2014

Dahsyatnya Keperitan AZAB Neraka

Siksaan neraka amat dahsyat dan menggerunkan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

  1. Api neraka tersangat panas dan boleh meleburkan segala yang dihumbankan ke dalamnya. Kepanasannya semakin bertambah setiap hari. Warna api neraka adalah hitam pekat kerana terlampau panas dan terlalu lama dinyalakan.
  2. Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh kerana dibakar api. Kulit mereka pula akan digantikan dengan kulit baru apabila disambar api. Tubuh badan mereka dijadikan besar supaya bertambah azab yang dialami, contohnya sebatang gigi geraham sebesar Bukit Uhud.
  3. Penghuni neraka sentiasa dalam kesengsaraan selama mana mereka berada di dalam neraka. Mereka juga tiada peluang bertaubat. Mereka meraung-raung kesakitan, mengherdik dan menyalahkan sesama sendiri, menyesal dan menangis sehingga mengalirkan air mata darah, dan berputus asa serta berharap agar mereka kembali menjadi tanah.
  4. Makanan penghuni neraka ialah buah Zakum daripada pohon berduri yang keluar dari dasar neraka Jahim. Apabila dimakan menjadi kotoran minyak yang mendidih di dalam perut. Jika setitik daripadanya jatuh ke bumi akan membinasakan seluruh kehidupan di dunia.
  5. Minuman penghuni neraka ialah air Danur (air yang keluar daripada bangkai atau mayat yang busuk), kotoran darah dan nanah penghuni neraka dan air panas yang menggelegak yang menghancurkan isi perut.
  6. Penghuni neraka diazabkan dengan pelbagai bentuk siksaan. Contohnya tangan mereka dibelengu ke leher, dibelit dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta, dan dipatuk oleh binatang-binatang yang amat berbisa seperti ular serta kala jengking.
Begitulah antara gambaran dahsyatnya kesengsaraan azab neraka. Kita mestilah berasa takut dan gerun dengan azab Allah SWT. Oleh itu kita wajib menjauhi segala kemungkaran dan dosa samada kecil atau besar supaya kita terselamat dari neraka. Nauzubillahi min zalik.

Sumber Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 3

No comments:

Post a Comment