Trafik

Friday 27 September 2013

Hari Kiamat Satu Kebenaran



tanda tanda besar hari kiamat
 
















Maksud Kiamat
Setiap individu muslim wajib beriman dengan hari kiamat kerana ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang enam.

Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan. menurut istilah syarak, hari kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.

Maksud Firman Allah
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak beriman.
(Surah Al-Ghafir: 49-50)

Kiamat terbahagi kepada dua iaitu Kiamat Kubra (Besar) dan Kiamat Sughra (Kecil). Kiamat Sughra bermaksud kematian.

Orang yang meninggal dunia akan berpindah ke alam barzakh dan ini bererti dia sudah mula melangkah ke alam akhirat. Dengan sebab itu, kematian disebut sebagai kiamat kecil.

Maksud Sabda Nabi SAW,
Sesiapa yang meninggal dunia, berlakulah kiamat bagi dirinya.

Kiamat dalam kajian sains 

Ahli-ahli sains melalui kajian yang telah dijalankan oleh mereka mengakui bahawa bumi yang kita diami ini akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran.

Terdapat pula ahli astronomi yang mengatakan bahawa, bulan yang mengelilingi bumi akan jatuh menimpa bumi apabila pusingannya mengelilingi bumi menjadi lemah, dan pada masa itu akan berlakulah kehancuran kepada bumi.

Jelaslah, kejadian hari kiamat dapat diterima oleh akal kerana setiap yang ada permulaan pasti ada kesudahan.

Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3
Sumber Foto Zilzal

No comments:

Post a Comment