Trafik

Sunday 22 September 2013

Apa Sebab Kita Perlu Bersedia Menghadapi Kematian & Alam Barzakh?


 







Kredit foto kepada rotten.net dalam blog UYE

Generasi Y selalu bertanya " Mengapa (why) kita mesti buat itu, mengapa mesti buat ini.?"  Tidak buat apa-apa tidak bolehkah bagi menghadapi mati? wahai saudaraku, hendak menghadapi peperiksaan pun kena ada persiapan, hendak makan di KFC pun mesti sedia duit, nak konvoi motosikal pun kena ada persiapan seperti topi keledar dan minyak petrol yang mencukupi, apatah lagi nak bermusafir dari satu alam (alam dunia yang fana) ke alam yang lain (alam barzakh dan alam akhirat), mesti malah wajib kita mempunyai bekalan dan persiapan.

Antara sebab perlu bersedia menghadapi kematian adalah seperti yang berikut :

1. Manusia tidak boleh kembali lagi ke dunia selepas mati. Seperti dalam lagu nasyid Kumpulan Rabbani "Pergi Tak Kembali'

2. Agar nyawa keluar dengan mudah dan tenang ketika Malaikat Maut mengambilnya.

3. Agar mudah menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir.

4. Supaya terselamat daripada azab kubur.

5. Supaya terselamat dari azab neraka


Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

1 comment: