Trafik

Sunday 27 October 2013

Cara-cara menghapuskan dosa

 
Kredit foto sedekah

Orang mukmin diwajibkan berusaha menghapuskan dosa yang telah dilakukan. Cara penghapusan tersebut adalah seperti berikut :

Menghapuskan dosa besar


  1. Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.
  2. Rela menjalani hukuman apabila dihadapkan ke mahkamah dengan sabit hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.
  3. Memperbanyakkan istigfar iaitu mohon keampunan kepada Allah SWT.


Menghapuskan dosa kecil


  1. Melakukan kebajikan.
  2. Menunaikan ibadah-ibadah fardu.
  3. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, sentiasa berwuduk dan membaca Al-Quran.
  4. Memperbanyakkan zikir Astagfirullahal azim kepada Allah SWT.

Pembahagian Dosa


Kredit foto Sebat

Dosa terbahagi kepada dua bahagian iaitu dosa kecil dan dosa besar. Untuk memudahkan sila rujuk jadual berikut:

Dosa Kecil
Ertinya melakukan perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukuman di dunia oleh Al-Quran atau Hadis dan tidak diberi ancaman azab di akhirat.

Contohnya, melihat aurat bukan muhrim, tidak mengurus diri, membuang sampah di tempat awam dan melakukan perkara yang tidak berfaedah

Akibat jika melakukan dosa kecil berterusan akan menjadi dosa besar.

Dosa Besar

Ertinya melakukan perbuatan maksiat yang ditentukan hukumannya di dunia oleh Al-Quran atau Hadis dan diberi ancaman azab di akhirat.

Contohnya, berzina,menuduh orang yang suci melakukan zina atau liwat, memberi atau menerima rasuah, merompak dan membunuh serta derhaka kepada ibu bapa.

Akibat jika melakukan dosa besar amat berat di mana individu itu dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir. Akan menerima siksa neraka jika tidak bertaubat.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah berusaha menjauhkan diri daripada melakukan dosa, sekiranya terlanjur, kita hendaklah segera bertaubat dan enghapuskannya mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syarak.


Thursday 24 October 2013

Kisah Benar: Pengalaman Ustaz Mengurus Jenazah Berdosa


Kredit Foto Akanmati

Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam.

Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

ulat hidup

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Dosa Lebuhraya Ke Neraka

Jenazah tidak diterima bumi
 Kredit Foto Pepatah

Maksud Dosa

Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang tidak mematuhi perintah atau melanggar larangan. Setiap kejahatan akan dibalas oleh Allah SWT pada hari akhirat, namun terdapat juga dosa yang dibalas sejak di dunia lagi.

Firman Allah SWT :
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan seberat zarah kejahatan dia akan melihatnya (pada hari akhirat).
(Surah Al-Zalzalah : 8)

Dalam ayat di atas, Allah SWT meyatakan bahawa setiap kejahatan yang dilakukan oleh manusia akan diperlihatkan pada hari akhirat untuk diadili. Orang yang paling beruntung ialah orang yang diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Perkataan dosa dalam Al-Quran

Apabila kita merujuk Al-Quran, terdapat beberapa perkataan yang memberi maksud dosa seperti berikut :
  1. Az-Zanbu
  2. Al-Ithmu
  3. As-Saiyyiah
  4. Al-Isyyan
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3


Wednesday 23 October 2013

Kepentingan beriman mengenai adanya ganjaran pahala

Lamb-kebab-vendor by *shanghai*sparkles* / Creative Commons

Masih ada lagi di kalangan masyarakat tidak mempercayai adanya ganjaran pahala dan balasan dosa. maka berbuat kerosakanlah mereka di  muka bumi ini sesuka hati mereka kerana tiada ancaman dan tiada ketakutan malahan berbangga dengan dosa yang mereka lakukan. Astagfirullah-al-azim.

Kepentingan beriman kepada pahala mendorong umat Islam gemar melakukan kebaikan ke arah membangunkan negara tanpa mengira kepentingan peribadi. Ia juga menjadi pendorong dan sumber motivasi dalam kehidupan. Mereka akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu kerana mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Hanya umat yang bersungguh-sungguh sahaja mamnpu membina tamadun manusia.

sebaliknya

Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada pahala akan terjerumus melakukan sesuatu bukan atas kepentingan orang ramai tetapi atas kepentingan pribadi, kepentingan suku-sakat dan keluarga, kepentingan rakan rapat dan rakan kongsi. Ia akan menjadi tamak haloba dan untuk melicinkan urusan biasanya mereka akan mengambil jalan mudah seperti melakukan rasuah dan penyelewengan. Jika ini berlaku, maka ia adalah tanda-tanda kemusnahan susuatu tamadun dalam kehidupan manusia.

Kredit Foto Muslim Village

Sumber dengan tambahan Buku Teks KBSM Tingkatan 3


Tips Meningkatkan Ganjaran Pahala

Mati Bersujud

Kredit Foto Mati bersujud

Ada beberapa tips atau langkah-langkah yang mudah untuk kita meningkatkan ganjaran pahala ke tahap maksimum. Walaupun kadangkala perkara itu nampak remeh, tetapi besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Walaupun perkara kebajikan yang kita laksanakan itu nampak hebat dan gah tetapi ketahuilah bahawa ia akan gagal apabila tiada keikhlasan dalam amalan atau buat sesuatu bukan kerana Allah SWT.

Tips meningkatkan pahala adalah seperti berikut :


  1. Melakukan amalan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
  2. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu syariat untuk kita mengetahui suruhan dan larangan Allah SWT.
  3. Beriltizam dalam melakukan kebaikan secara bersungguh-sungguh bukannya sambil-lewa.
  4. Berusaha memastikan setiap kebaikan yang dilakukan paling berkualiti.
  5. Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid, surau atau di mana-mana sahaja secara berterusan.
  6. Berdamping dengan teman-teman yang cinta dan suka melakukan kebaikan.
  7. Berdamping dengan  para ilmuan seperti ulama dan ustaz-ustazah.
  8. Berjihad menegakkan syariat Islam bagi mengangkat tamadun manusia
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Hikmah disebalik ganjaran pahala yang Allah beri


Umroh dan Haji Mabrur
Antara hikmah Allah berikan ganjaran pahala atas tiap-tiap sesuatu kebaikan dan kebajikan yang kita buat adalah seperti berikut::


  1. Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
  2. Sebagai dorongan dan motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan.
  3. Melahirkan individu yang baik, berfikiran positif dan boleh memberi sumbangan untuk kemajuan hidup.
  4. Melahirkan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah SWT.
  5. Menjamin keharmonian dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara.

Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Wednesday 16 October 2013

Fahami Konsep Pahala & Dosa




 Masjid penuh sesak, terpaksa solat berjamaah di tangga



Manusia biasa seperti kita tidak boleh lari dari samada melakukan amalan yang mendapat pahala atau dosa dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, seseorang yang berbuat baik akan mendapat ganjaran baik, seperti penghargaan atau hadiah. Seseorang yang berbuat jahat pula, akan mendapat balasan buruk seperti cemuhan atau hukuman.

Berbuat Baik = Mendapat Ganjaran Baik (Hadiah & Penghargaan)

Berbuat Jahat = Mendapat Balasan Buruk (Cemuhan, Hukuman, Denda, Penjara & Sebagainya)

Pahala yang diberikan atas sesuatu kebaikan yang kita lakukan amat banyak. Contohnya, satu kebaikan diganjari sepuluh hingga tujuh ratus pahala malah lebih daripada itu. Kita hendaklah rajin melakukan kebaikan dan berlumba-lumba membuat amalan yang mendatangkan pahala. Kita juga hendaklah bijak memilih pekerjaan yang baik dan berfaedah. Manusia dikurniakan akal agar dapat memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan sampai tersalah memilih jalan hidup.


Pahala Pendorong Melakukan Amalan Soleh


 Lihat nur pada wajah pemuda yang tersenyum kerana memperolehi mati syahid


Perbuatan yang baik akan diberi pahala olehAllah dan degan ganjaran pahala itu, ia akan mendorong dan memotivasikan seseorang itu untuk melakukan amalan-amalan kebaikan.

Maksud pahala

Pahala ialah ganjaran baik yang disediakanAllah SWT untuk hamba-hamba yang mematuhi perintahNya. Firman Allah SWT

Maksudnya : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seberat zarah akan dilihat (dalam surat amalan)
(Surah Al-Zalzalah : 7)

Allah SWT Yang Maha Adil telah menurunkan syariat kepada manusia untuk menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Peraturan-peraturan tersebut berbentuk suruhan dan juga larangan. Untuk melahirkan keadilan, Allah SWT telah memberi jaminan bahawa, sesiapa yang melaksanakan suruhan akan diberikan ganjaran baik, manakala sesiapa yang melakukan larangan pula akan diberi balasan buruk. Jaminan itu ialah pahala dan dosa.

Pahala berganda

Tahukah anda kebaikan yang kita lakukan bukan sahaja mendapatpahala berlipat-ganda, tetapi mempunyai banyak kelebihan, antaranya :

  1. Nur (cahaya ) pada wajah
  2. Nur di dalam hatinya
  3. Kekuatan pada jasad badan
  4. Keluasan dan limpahan rezeki
  5. Memperolehi kasih sayang sesama manusia



Sumber : Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Thursday 10 October 2013

Dosa dan maksiat mengundang bala bencana Allah



Rentung, mati dalam maksiat dalam satu kebakaran sebuah kelab malam di Thailand


Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).


15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ  

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).

 FirmanNya yang lain:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).

Kredit kepada An-Nashir

Anak Derhaka Mendapat Azab

anak


Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati – Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan.

Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram.

Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu.

Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Ku mohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal.

Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”
Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya.

Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini.
Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Dekat sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti berehat bagi melepaskan lelah.

Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan.

Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya.

Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada tanda-tanda sedikitpun.”

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar.

Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai. Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dibelasah tubuh badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu.

Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dipukul hingga pengsan.

Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.

Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian.

ibadat haji

Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah.

Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya.
Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi.

Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Assalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.
“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

 “Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri.

Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.

 Kredit kepada Klik

Apakah Hikmah, Allah Mengadakan Hari Kiamat?

 
 Bertaubat

Setiap yang Allah SWT susunkan dalam sistem kekuasaanNya, pasti ada hikmah dan pengajaran yang dapat dikutip. Allah pencipa semua makhluk yang ada di dunia, tentulah, ada sistem dan peraturan yang sesuai untuk diikuti oleh manusia, melalui Al-Quran sebagai panduan dan diturunkan para nabi dan rasul sebagai pesuruhNya, tetapi manusia rata-rata degil dan suka membuat sistem dan peraturan ciptaan sendiri yang melanggar sistem dan peraturan ciptaan Allah SWT.

Hikmah Allah mengadakan hari kiamat:
  • Diberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat. Semua akan mendapat pembalasan yang setimpal atas apa yang mereka lakukan di dunia. Meskipun bertapa manusia pandai menyorokkan dosa dan kesalahan di dunia, namun hukum tuhan pasti akan mengajarnya, tidak boleh lari.
  • Manusia menghitung (menghisab) diri sebelum mereka dihitung pada hari akhirat.
  • Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahagiaan yang abadi di akhirat sana.
  • Beriltizam dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan.
  • Agar manusia segera bertaubat kepada Allah.
  • Bakal melahirkan masyarakat yang beriman, pemimpin yang amanah dan negara yang berpandukan syariat Islam
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Gegak Gempita & Dahsyatnya Ketika Berlaku Kiamat





"Apabila langit terbelah. dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh. dan apabila bumi diratakan. dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. dan patuh kepada Tuhannya dan semestinya patuh."  
al-Insyiqaq : 1-5



"Semua bencana yang menimpa bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
 Al-Hadid: 22



"Telah nampak kerosakan di darat and di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar"
 Ar- Rum : 41


"Dan Kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"
 Al- Hijr : 4


"Katakanlah (Muhammad), "Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu, dari atas atau dari bawah kakimu,......perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda- tanda (kekuasaan Kami) agar mereka memahami(nya) 
Al-an'am: 65


"Dan milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk" 
Ar-Rum :26


Ketika berlakunya kiamat, suasana sungguh dahsyat. Bumi akan bergegar dengan kuat, gunung-ganang akan hancur dan bintang-bintang akan gugur bertaburan. Keadaan yang amat dahsyat itu menyebabkan manusia berada dalam keadaan huru-hara, kebingungan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Firman Allah :
Maksudnya " Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu, sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat peristiwa-peristiwa yang mengerikan, tiap-tiap ibu lupa akan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungannya, dan engkau akan melihat manusia mabuk, pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan.
(Surah Al-Haj : 1-2)

Dalam Al-Quran, gambaran tentang kiamat juga disebut sebagai berikut: 
  • Apabila langit terbelah dan bumi diratakan.
  • Apabila bintang-bintang jatuh berserakkan, lautan dijadikan meluap dan kuburan dibongkar.
  • Apabila matahari digulung, gunung-ganang dihancurkan, unta yang bunting ditinggalkan, binatang-binatang liar dikumpulkan, dan lautan dipanaskan.

Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Sunday 6 October 2013

Akibat Zina : Mayat Dipenuhi Lintah Bergigi


Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Foto kredit sumber


Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik.

Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

 Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

 Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu.

Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya.

Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia.

Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan.

Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand.

Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat.

Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Tidak cukup bukti

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit.

Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir.

Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu. Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan.

Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi.

Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya. Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga.

Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi.

Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku.

Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu. Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.

Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah. p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenarannya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua.

kredit kepada : zzxmelayucyber

Awas, Maksiat Mengurangkan Iman



 Ingat Maksiat Ingat Mati foto kredit

Maksiat Kepada Allah. Maksiat itu memperburuk dan mengurangkan iman. Maka siapa yang melakukan dosa besar seperti berzina, mencuri, meminum arak atau sejenisnya, tetapi tanpa meyakini kehalalannya, maka hilang rasa takut, khusyu’ dan cahaya di dalam hatinya; sekalipun hakikat keimanan kepada Allah tetap ada di hatinya.

Maksiat Kepada Allah, jika kita bertaubat kepada Allah dan melakukan amal soleh maka kembalilah khasyyah dan cahaya itu ke dalam hatinya. Apabila ia terus melakukan kemaksiatan maka bertambahlah kotoran dosa itu di dalam hatinya sehingga dosa itu menutupi serta menguncinya -na’udzubillah!-.

Maka ia tidak lagi mengenal yang baik dan tidak menjauhi kemungkaran. Imam Ahmad dan lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin itu jika berbuat dosa maka terbentuklah titik hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar maka berkilatlah hatinya. Dan jika menambah (dosa) maka bertambahlah (bintik hitamnya) sampai menutupi hatinya.

Itulah ‘rain’ yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran:
 ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.’ (Al-Muthaffifin: 14, Hadis Riwayat. Ahmad, II/297) 

 Ada sebuah perumpamaan yang menggambarkan pengaruh maksiat atas iman, iaitu bahwasanya iman itu seperti pohon besar yang rendang. Maka akar-akarnya adalah tashdiq (kepercayaan) dan dengan akar itulah ia hidup, sedangkan cabang-cabangnya adalah amal perbuatan. Dengan cabang itulah penerusan dan hidupnya terjamin.

Semakin bertambah cabangnya maka semakin bertambah dan sempurna pohon itu, dan jika berkurang maka buruklah pohon itu. Lalu jika berkurang terus sehingga tidakbercabang mahupun batangnya maka hilanglah nama pohon itu.

Manakala akar-akar itu tidak mengeluarkan batang-batang dan cabang-cabang yang boleh berdaun maka keringlah akar-akar itu dan hancurlah ia dalam tanah. Begitu pula maksiat-maksiat dalam kaitannya dengan pohon iman, ia selalu membuat pengurangan dan aib dalam kesempurnaan dan keindahannya, sesuai dengan besar dan kecilnya atau banyak dan sedikitnya kemaksiatan tersebut.

Impak / Kesan Maksiat Terhadap Iman 

Sesungguhnya dosa dan maksiat memberikan kesan yang amat buruk dalam kehidupan hamba, ibnu Qayyim Al Jauziyah menyebutkan kesan-kesan buruk tersebut dalam kitab beliau Ad Daa wad Dawaa, beliau berkata: “Maksiat mempunyai pengaruh yang amat buruk, berbahaya untuk hati dan badan di dunia dan akhirat. Diantara pengaruh buruk maksiat adalah:

1. Terhalang dari ilmu (yang bermanfaat).
2. Hati menjadi kering dan menjarakkan hubungan antara dia dengan Allah SWT
3. Terhalang dari melakukan ketaatan.
4. Maksiat menumbuhkan benih-benih maksiat lain.
5. Maksiat menjadikan hati tidak lagi menganggapnya satu yang buruk.
6. Maksiat menghilangkan keAgungan Allah di hati manusia yang melakukannya.
7. Maksiat menjadikan hatinya menganggap maksiat itu perkara remeh temeh
8. Makhluk selain manusia mendoakan kecelakaan bagi pembuat maksiat.
9. Maksiat mewariskan kehinaan.
10. Maksiat dapat merosakan akal.
11. Maksiat dapat mematikan hati.
12. Maksiat memasukkan pembuatnya dalam laknat Rasulullah SAW.

Mencegah Perberbuatan Maksiat 

 Ada beberapa teknik yang mudah, boleh menjadi bahan bagi kita untuk mengendalikan diri supaya kita tidak tergelincir dalam kemaksiatan perbuatan dosa :

Teknik yang pertama dan paling berpotensi adalah dengan mengingati kematian, kita semua mungkin masih ingat tentang sebuah kes yang diberitakan beberapa media baru-baru ini, yaitu tentang seorang pembesar yang meninggal di sebuah hotel bersama seorang wanita yang bukan muhrim, kemudian ada beberapa juga nama yang terkenal, meninggal dalam pelukan wanita yang tidak halal.

Artinya dengan mengingat kematian itu adalah merupakan salah satu teknik untuk membuat kita tercegah dari perbuatan maksiat, karena ternyata andaikata kita mati ketika sedang berbuat maksiat, Naudzubillahi min zalik, alangkah aibnya mati dalam keadaan seperti itu, isteri dan anak-anaknya akan menanggung malu, orang tua akan terpalit, organisasi juga ikut tercemar, begitu banyak kesan negatif  dan tentu saja mati ketika berbuat maksiat merupakan mati kehinaan, mati yang memalukan.

Dahulu ada sebuah cerita di suatu tempat tentang seorang bapa yang sudah lanjut usia yang menonton filem dewasa di sebuah panggung wayang dan akhirnya premis tersebut terbakar, banyak sekali contoh yang dapat kita saksikan tentang orang-orang yang meninggal ketika sedang berbuat maksiat; ada yang mati dalam keadaan mencuri, ada yang mati dalam bergelumang dengan harta yang haram, ada yang mati di tempat zina, itu semua mati yang kelihatannya su’ul khatimah karena mengakhiri hidupnya dengan kegiatan yang buruk, Naudzubillahi min zalik.

Maka andaikata kita berkeinginan berbuat maksiat, Naudzubillahi min zalik, kita harus ingat, karena jangan-jangan kita mati di tempat maksiat, ini akan jadi aib yang akan tersebar kemana-mana. Maka hati-hatilah saudaraku dengan memperbanyak ingat mati, InshaAllah, akan membuat kita mempunyai perisai yang lebih efektif dalam mencegah diri dari berbuat maksiat.

Dan Allah sekali-kali tidak akan Menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 63 ; 11) 

Teknik yang kedua adalah dengan membayangkan bagaimana jika Allah membongkarkan aib kita, karena ternyata aib itu tidak boleh disembunyikan, karena tidak ada satupun yang dapat menghalangi jika Allah akan membongkar apa yang Dia kehendaki, bermati-matian kita dengan rancangan yang rapi untuk menutupi aib, tidak akan dapat menghalangi kalau Allah mau membongkar diri kita termasuk maksiat yang kita lakukan.

Maksiat yang dilakukan, amat mudah bagi Allah untuk menjelaskannya kepada siapapun. Oleh karena itu ketakutan kita akan dibongkarkan aib kita oleh Allah akan membuat kita seharusnya tercegah dari perbuatan maksiat. Ini sebuah teknik yang luar biasa sekali yang diajarkan Rasulullah, yaitu dengan membayangkan bagaimana andaikata hal maksiat itu menimpa saudara kita sendiri.

Contoh misalkan ada seorang laki-laki yang berhubung kepada isteri lelaki lain, salah satu cara untuk menghentikannnya aialah dengan membayangkan bagaimana jika isteri kita dinodai, perasaan kita seperti apa? Naudzubillahi min dzalik, lalu bagaimana jika anak kita dinodai ?, Naudzubillah. Jadi kalau kita memiliki keinginan seperti pemuda tadi yang ingin berzina, bayangkanlah jika isteri kita dizina, anak perempuan kita dizina, pasti kita akan sangat marah.

Maka dengan bersikap seperti teknik diatas akan menjadi sebuah tenaga untuk menghentikan niat buruk kita, kalau kita ingin mengambil hak orang lain bayangkanlah jika hak kita diambil.Kalau kita berbuat tidak baik kepada orang lain, bayangkanlah kalau hal itu menimpa diri kita, menimpa keluarga kita, menimpa anak-anak kita, pasti kita tidak akan mahu, maka orang lain pun pasti tidak mahu dengan perbuatan kita itu, kemurkaan Allah SWT merupakan usaha untuk mencegah kita dari berbuat maksiat.

Untuk mencegah dari berbuat maksiat maka kita harus memperbanyak zikir mengingati Allah SWT, dan memperkuat ibadah, solat mesti diperbaiki, tahajud dilakukan dengan lebih baik dan puasa sunat diamalkan, karena jika zikir kita lemah maka nafsu yang akan bertambah, jika zikir kita lemah maka amarah dan syahwatlah yang akan meningkat. wallahuaalam.

Sumber Media Dakwah

Hukuman Kaki Maksiat

http://www.malaysiaedition.net/wp-content/uploads/2013/09/maut-terjun-hotel.jpg
 Foto lelaki terjun hotel, elak dari di tangkap khalwat klik


Ahli maksiat juga pada zaman sekarang disebut kaki maksiat iaitu orang yang suka melakukan dosa dan kemungkaran, malahan kadangkala sampai peringkat menjadi hobi seperti ketagih minum arak, kemaruk membuka aurat dan suka berjudi.

Melakukan maksiat sahaja tidak mengeluarkan dari agama (murtad)

Kami telah nuqilkan perkataan At-Tahawi rahimallah " Dan kita tidak mengkafirkan seseorang pun dari ahli kiblah dengan sebab dosanya, selama ia tidak mengatakan halal perbuatan itu. Dan kita tidak berkata : Iman tidak mudarat oleh dosa bagi seseorang yang melakukannnya."

Di sini kami nuqilkan perkataan An-Nawawi rahimallah " Ketahuilah bahawa mazhab ahlis sunnah dan pendapat ahlil haq dari ulamak salaf dan khalaf bahawa setiap yang mati dalam keadaan ia mentauhidkan Allah, walau bagaimanapun keadaannya, ia akan memasuki surga, jika seseorang itu bersih daripada dosa seperti kanak-kanak kecil, orang gila, orang yang gilanya berhubung dengan masa balighnya, orang yang bertaubat dengan taubat yang sahih daripada syirik atau dosa dan tidak melakukan dosa selepas taubatnya,  orang yang tidak pernah melakukan dosa, tiap-tiap golongan itu akan memasuki syurga dari awal-awal lagi dan tidak akan memasuki neraka, tetapi mereka akan melalui neraka dengan cara-cara yang berlainan sebagaimana yang dimaklumi.

Menurut pendapat yang sahih bahawa yang dikehendaki dengan melalui neraka itu ialah melalui di atas asy-syirot (titian) yang dibentang di atas neraka jahanam.

Adapun orang yang berdosa dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia berada dalam mashiah Allah : Jika Allah menghendaki nescaya Allah akan ampunkan dan memasukkan ke dalam syurga dari awal-awal. Jadilah ia seperti golongan yang pertama. Dan jika Allah menghendaki nescaya Allah menyiksanya sekadar yang Allah kehendaki, kemudia memasukkannya ke dalam syurga.

Sumber Terjemahan buku Al-Iman, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya : Muhammad Naim Yassin