Trafik

Sunday, 22 December 2013

10 Golongan Masuk Syurga Tanpa Al-Hisab

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/04/melakarcintadisyurga.jpg?w=300
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (Hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik (Hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (Hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub Al-Ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (Hadis marfu’ sumber daripada Anas) 

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (Hadis sumber daripada Aisyah r.a) 

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (Hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’) 

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (Hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah SWT. 

*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.

Proses Pelaksanaan Al-Hisab


Allah SWT menjalankan proses Al-Hisab dengan penuh keadilan, proses Al-Hisab tersebut dijalankan seperti berikut :

1. Allah SWT akan menghitung semua amalan yang dilakukan oleh manusia samada kecil atau besar, dan tidak ada sesuatu yang dapat disembunyikan daripada perhitungan Allah SWT.

Firman Alllah SWT bermaksud:
Dan diletakkan buku amalan, lalu engkau lihat orang yang berdosa merasa takut dengan catitan di dalamnya lalu mereka mengeluh dengan berkata" Aduhai malangnya kami, buku apakah ini?, tidak ditinggalkan perkara yang kecil dan besar melainkan dihitung semuanya". Mereka dapati apa yang telah dilakukan semuanya di hadapan mereka. Dan tuhanmu tidak menzalimi sesiapa pun.
Surah Al-Kahfi 49

2. Semua amalan yang dilakukan akan ditayangkan semula pada hari akhirat kecuali dosa yang telah diampunkan oleh Allah SWT.

3. Setiap manusia akan diberikan buku catatan amalan yang ditulis oleh malaikat Rakib dan Atid sebagai bukti terhadap amalan baik ataupun jahat.

4. Terdapat orang yang dihisab dengan cara yang mudah dan terdapat orang yang dihisab dengan cara yang susah.

5 Orang mukmin yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia, Allah SWT akan menyembunyikan keaibannya di akhirat.

Setiap muslim hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan dosa. Kemajuan teknologi manusia dapat merakam segala peristiwa kecil dan besar dalam bentuk audio dan video, namun Allah SWT lebih berkuasa merakam amalan kita di dunia untuk dipamerkan di akhirat.






Wednesday, 11 December 2013

Al-Hisab : Perhitungan Yang Adil

Pengertian Al-Hisab

Al-Hisab ialah perhitungan amalan manusia di dunia samada baik atau jahat. Al-Hisab dilaksanakan di Mahsyar sebelum ditentukan hukuman samada masuk syurga atau neraka.

Firman Allah SWT. Maksudnya: Sesungguhnya kepada kamilah mereka kembali, kemudian, sesungguhnya urusan kamilah menghitung amalan mereka. (Surah Al-Ghashiyah 25-26)

Allah SWT. menjanjikan keadilan terhadap hambanya. Oleh itu, sebagai pembuktian keadilannya, Allah SWT. mengadakan perbicaraan terhadap amalan yang dilakukan oleh hamba-hambanya.

Selingan : Sembilan Rahsia Yahudi Melemahkan Umat Islam


Kita tahu saat ini bangsa Yahudi menguasai dunia, bahkan ada teori konspirasi Illuminati, suatu cara bangsa Yahudi menguasai dunia. Seperti kita ketahui juga ada banyak hal di dunia ini yang nampaknya begitu misteri, namun sudah menjadi gaya hidup di sekeliling kita.

1. Bahaya Rokok. Bangsa Yahudi pemilik kilang rokok terbesar di dunia. Bangsa Yahudi tidak merokok, mereka tahu bahaya merokok jadi harga rokok dibuat sangat mahal. Di New York, Amerika Serikat harga rokok per bungkusnya $ 12 atau RM48 atau  Rp 108.000 bila harga dollar 9.000 rupiah. Bila pasar Yahudi enggan membeli rokok karena mahal, lantas dijual kemana rokoknya? Tentu saja ke negara-negara Muslim. Misalnya Malaysia dan Indonesia. Merokok dapat membuat otak tumpul dan bodoh, dan di Indonesia rokok dijual berdekatan sekolah. Lihat saja warung kaki lima di sebelah sekolah Anda, jual rokok? Bangsa Yahudi makin pintar karena tak merokok, dan umat muslim semakin bodoh karena lebih memilih membeli rokok berbanding menabung.

2. Bahaya Vaksin Dan Ubat Moden.Yahudi jaga membuat vaksin dan ubat modern lainnya, tapi tahukah Anda? Rakyat Israel tidak berubat menggunakan vaksin dan ubat- ubatan modern, mereka tahu ubat yang mengandung bahan kimia tidak bagus untuk kesihatan. Karana itu masyarakat Israel memilih ubat- ubatan alami, misalnya madu, Habbatus Sauda! Sungguh pelik, pengubatan alami sunah rasul digunakan sebagai pengubatan sehari-hari rakyat Israel, namun umat Islam lebih percaya dengan ubat kimia yang katanya moden itu. Belum lagi beberapa vaksin mengandung lemak babi.

3. Hubungan Ibu Dan Bayinya .Wanita Yahudi ketika mengandung, akan mendengar suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematika bersama-sama. Tujuannya untuk mendapatkan bayi yang bijak dan pintar, karana fikiran dan perasaan si ibu berkesinambungan dengan anak. Ketika anak lahir, ibu menyusui sendiri anaknya. Bagaimana dengan umat Islam? Saat ini banyak ibu yang memilih menggunakan susu lembu formula untuk bayinya.

4. Mengganti Kafein berbahaya. Bangsa Yahudi tahu itu. McDonald di Israel mengganti kopi berkafein dengan teh yang mengandungi polyphenols. Polyphenols berguna sebagai antioksidan memperbaiki sel rosak dan mencegah kanser. Sedang umat Islam masih terpedaya dengan kafein berbahaya.

5. Makan Buah Sebagai Makanan Pembuka. Di Israel mereka mendahulukan makan buah terlebih dahulu sebelum memakan makan utama. Mereka tahu kalau mereka makan makanan utama terlebih dahulu (misalnya nasi atau roti), maka mereka akan mengantuk, lemah dan payah. Sungguh kombinasi yang tidak produktif untuk belajar dan bekerja. Bagaimana dengan umat Islam? Lagi-lagi mereka terpedaya. Masyarakat muslim lebih percaya untuk memakan buah sebagai makanan penutup. lalu jadi cepat mengantuk.

6. Penggalian Masjid Al Aqha dan Qubah Shakhrah. Sejak 50 tahun lalu, Israel melakukan penggalian bawah tanah. Israel menginginkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah runtuh dengan sendirinya.

7. Penipuan Sejarah. Israel memanipulasi fakta sejarah dengan mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri?

8. Umat Muslim Dan Kristian Bersatu Di Palestin, umat muslim dan umat kristian bersatu melawan penjajahan zionis.

9. Program Latihan Khidmat Negara Ketenteraan.  Para pelajar Israel diwajibkan ikut khidmat latihan dan dilatih tektik ketentaraan seperti menembak dan memanah. [beny95

Kredit Kepada Zilzaal

Hikmah (Kebaikan) Adanya Mahsyar Dan Syafaat



Hikmah Mahsyar

1. Mendorong seseorang itu menunaikan tanggungjawab seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
2. Yakin terhadap keadilan Allah SWT.
3. Sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.
4. Yakin bahawa amalan soleh boleh menyelamatkan seseorang daripada kesengsaraan mahsyar.

Hikmah Syafaat

1. Mendorong kasih dan cinta akan Rasulullah SAW. dengan memperbanyakkan selawat serta mencintohi akhlak baginda.
2. Memuliakan para ulamak dan orang soleh.
3. Membuktikan kasih sayang Nabi dan Rahmat Allah SWT. kepada manusia.
4. Membuktikan manusia memerlukan pertolongan.

Golongan Yang Layak Menerima Syafaat

Apakah ciri-ciri manusia yang sepatutnya layak menerima Syafaat Nabi SAW.?  Antara golongan itu ialah :

1. Orang yang melazimkan diri membaca Al-Quran.
2. Orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW.
3. Orang yang menziarahi Rasulullah SAW. semasa junjungan masih hidup atau menziarahi makam baginda setelah baginda wafat.
4. Orang yang berdamping dengan para ulamak.
5. Orang yang mati syahid (mati mulia) fi sabilillah.

Syafaat Nabi Muhammad SAW.




Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:

Kami pernah berada dalam sebuah jamuan makan bersama Rasulullah SAW. Baginda dihidangkan daging (kambing) bahagian kaki kepadanya, kerana Baginda memang menyukainya lalu Baginda memakan daging tersebut. 

Setelah selesai Baginda bersabda: “Aku adalah orang yang paling utama kelak pada hari kiamat. Tahukah kamu bagaimana keadaan nanti saat Allah mengumpulkan semua manusia di sebuah tampat yang luas (padang Mahsyar)? 

Pada hari itu Allah melihat dan mendengar semua yang telah mereka lakukan dan katakan. Matahari akan sangat dekat jaraknya sehingga semua manusia akan merasakan cemas dan kepayahan yang sangat, yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini. 

Tidakkah kamu pedulikan apa yang menimpa kamu sekarang ini? Tidakkah kamu mencari seseorang yang boleh memohonkan syafaat kepada Tuhan kamu?’ Sebahagian manusia yang ditanya tadi menjawab: ‘Bapa kamu, Nabi Adam.’ Mereka pun lalu mendatangi Nabi Adam dan berkata: 

‘Wahai Nabi Adam, engkau adalah bapa daripada semua manusia yang ada. Allah telah menciptakanmu dengan tangan-Nya, lalu meniupkan roh-Nya kepadamu, memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu dan mereka pun bersujud, dan menempatkanmu di syurga. Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini?’ 

Nabi Adam menjawab: ‘Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Dahulu Dia pernah melarangku untuk mendekati sebuah pohon, namun aku melanggarnya. Aduhai diriku, sesungguhnya diriku juga memerlukan syafaat saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. 

Menghadaplah kamu kepada Nabi Nuh.’ Mereka pun lalu menemui Nabi Nuh dan berkata: ‘Wahai Nabi Nuh, engkau adalah rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi dan Allah telah memberikanmu gelaran sebagai ‘abdan syakura’ (seorang hamba yang banyak bersyukur). Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini?’ Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami?’ 

Dia menjawab: ‘Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, aku dahulu pernah memanjatkan doa kebinasaan bagi kaumku yang tak sepatutnya aku panjatkan. Aduhai diriku, sungguh diriku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Ibrahim.’ 

 Mereka pun lalu menemui Nabi Ibrahim dan berkata: ‘Ya Nabi Ibrahim, engkau adalah seorang nabi Allah sekaligus kekasih-Nya diantara sekalian banyak penduduk bumi. Mohonlah syafaat Tuhanmu kepada kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?’ 

Nabi Ibrahim menjawab: ‘Sesungguhnya hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya dahulu aku pernah berdusta sebanyak tiga kali. Aduhai diriku, sesungguhnya aku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Musa.’ 

 Mereka pun menemui Nabi Musa dan berkata: ‘Wahai Nabi Musa, engkau adalah seorang rasul Allah dan Allah telah melebihkanmu di atas semua manusia dengan kerasulan dan mengajakmu berbicara secara langsung. Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?’ 

Musa menjawab: ‘Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, dahulu aku pernah membunuh seorang yang aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya. Aduhai diriku, sesungguhnya aku juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Isa.’ 

 Mereka pun menemui Nabi Isa dan berkata: ‘Wahai Nabi Isa, sesungguhnya engkau adalah rasul Allah, (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) ruh daripada-Nya. Engkau juga telah diberi kemampuan untuk berbicara dengan manusia sewaktu masih berada dalam buaian. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?’ 

Nabi Isa menjawab: ‘Sesungguhnya, pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya.’ Nabi Isa tidak memaparkan apa dosa yang pernah diperbuatnya, lalu dia berkata: ‘Aduhai diriku, sesungguhnya diriku pun juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Muhammad.’ 

 Mereka pun lalu menemui Nabi Muhammad dan berkata: ‘Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah seorang Rasulullah dan penutup para nabi. Semua dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, juga telah diampuni oleh Allah. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?’ 

Aku pun lalu pergi ke bawah Arsy. Di sana aku bersujud kepada Tuhanku. Seterusnya Allah mengajariku lafaz pujian dan sanjungan kepada-Nya yang belum pernah Dia ajarkan kepada seorang pun sebelumku. 

Setelah itu Dia berfirman: ‘Wahai Muhammad, bangunlah. Sekarang mintalah, nescaya akan dikabulkan bagimu.’ Aku pun lalu bangun dan berkata: ‘Umatku, wahai Tuhan. Umatku, wahai Tuhan, Umatku, wahai Tuhan (berilah mereka rahmat dan keampunan). ‘ 

Dia lalu berfirman: ‘Wahai Nabi Muhammad bawa masuklah ke dalam syurga segolongan umatmu yang (sudah dijamin masuk syurga) tanpa hisab melalui pintu yang berada di sebelah kanan syurga. Namun mereka juga tidak dilarang untuk memasukinya melalui pintu yang lain bersama orang ramai.’ Seterusnya, Nabi SAW bersabda: Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya jarak antara kedua daun pintu syurga itu sebagaimana jauhnya jarak antara kota Makkah dan Kota Hajar atau antara Kota Makkah dan Kota Bushra.”

(Riwayat al-Bukhari no.3340 dan Muslim no. 194)

Jenis-jenis Syafaat di Mahsyar


gambaran padang Mahsyar

Selain daripada syafaat auzma atau syafaat kubra, Rasulullah SAW. juga dikurniakan oleh Allah SWT. memberikan syafaat yang lain kepada orang yang beriman. Antaranya ialah :

1. Memasukkan orang soleh ke syurga tanpa hisab.
2. Meningkatkan darjat seseorang dalam syurga.
3. Membebaskan orang beriman daripada neraka.
4. Mengeluarkan orang beriman aasi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kita hendaklah berusaha menjadi hamba Allah SWT. yang soleh dengan meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. dan mempraktikkan Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian untuk kita mendapat syafaat.

Monday, 2 December 2013

Golongan Yang Terselamat Dari Terik Matahari Di Padang Mahsyar



Di hari akhir nanti, tepatnya pada saat kita semua dikumpulkan di padang Mahsyar, tidak ada lagi penolong bagi kita kecuali Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW. Kita semua tidak tahu bagaimana keadaan kita semua di sana nantinya, Dikatakan pula bahwa di padang Mahsyar jarak antara kita dengan matahari hanya “sejengkal”.

Tidak bisa dibayangkan bukan, matahari yang sekarang berjarak ratusan juta kilometer saja kita sudah merasakan panas yang luar biasa, apalagi kalau sampai hanya satu jengkal, pasti luar biasa panasnya. Namun, sebagai seorang muslim kita jangan takut duluan terhadap hal itu, karena nantinya akan ada 7 golongan yang dilindungi oleh Allah SWT dari panas matahari yang luar biasa di Padang Mahsyar adalah golongan-golongan itu disebutkan di dalam hadits Rasulullah SAW yang berbunyi sebagai berikut :

Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Pada hari itu, tidak ada naungan, kecuali nanungan Allah. Golongan tersebut adalah pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh di dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang hatinya senantiasa terpaut dengan masjid-masjid, dua orang yang saling mengasihi karena Allah, mereka bertemu dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang berkedudukan dan berwajah elok (untuk melakukan kejahatan) tetapi dia berkata : (Aku takut kepada Allah), seorang yang memberi sedekah, tetapi dia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga menetes air matanya.” (HR Bukhari)

Dari hadits di atas, berikut adalah penjelasan lebih lanjutnya :

Pemimpin yang adil

Pemimpin atau khalifah adalah seseorang yang diberi amanah dan tanggung jawab untuk mengurusi umat atau rakyatnya. Menjadi seorang pemimpin bukanlah hal yang mudah, karena kita harus memperhatikan dengan benar syariat Islam yang berhubungan dengan kepemimpinan agar dapat menjadi pemimpin yang baik, bukan pemimpin yang zalim. Hal yang selalu dituntut dari seorang pemimpin adalah keadilan. Bagaimana ia bisa berlaku adil terhadap kaum atau rakyatnya, sehingga semua rakyatnya dapat hidup dengan sejahtera, aman, dan tidak merasakan adanya ketidakadilan. Rasulullah SAW adalah seorang teladan yang sangat luar biasa sebagai khalifah, beliau dapat memimpin kaumnya dengan bijaksana dan penuh keadilan, itulah yang seharusnya di contoh oleh seorang pemimpin terutama di masa sekarang ini. Apabila seorang pemimpin dapat berlaku adil terhadap rakyatnya, maka Insya Allah, Allah akan memberikan naungan kepadanya di yaumul Akhir nanti.

Pemuda Yang Sentiasa Beribadah Kepada Allah SWT

Masa muda adalah masa yang paling berpengaruh dalam kehidupan kita kedepannya. Pada masa ini kita sudah harus bersiap merancang masa depan kita. Masa ini adalah masa di mana seseorang biasanya masih labil namun di masa inilah kita memiliki energi dan stamina yang bisa dibilang sangat fit dan penuh. Namun sangat disayangkan, sekarang ini anak-anak muda banyak yang melupakan jati diri mereka sebagai seorang makhluk ciptaan Allah SWT yang lemah dan tidak berdaya apa-apa tanpa-Nya. Anak muda banyak menghabiskan waktu mereka hanya untuk hal-hal duniawi yang tidak ada manfaatnya sama sekali, bahkan hanya menimbulkan kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah SWT. Padahal, seharusnya di masa ini kita harus memaksimalkan diri kita untuk beribadah kepada Allah SWT dengan energi pemuda yang fit itu karena tidak ada yang tahu kapan kita akan dipanggil oleh Allah SWT. Pemuda seperti inilah yang akan mendapatkan naungan oleh Allah SWT.

Seseorang Yang Hatinya Terpaut Dengan Masjid-masjid

Masjid adalah Baitullah atau rumah Allah. Masjid merupakan tempat beribadah yang seharusnya menjadi tempat kegemaran kita dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain. Pada saat adzan berkumandang, hendaknya kita segera mengambil air wudhu dan pergi ke masjid untuk menunaikan shalat berjamaah karena banyak sekali hikmah di balik itu semua. Karena sesungguhnya shalat berjamaah di masjid merupakan sesuatu yang wajib bagi muslim laki-laki, sedangkan bagi muslim perempuan lebih utama shalat di rumah. Mungkin banyak orang yang beranggapan bahwa masjid adalah tempat ibadah yang hanya dijadikan tempat untuk shalat semata. Padahal masjid juga bisa dijadikan tempat yang lebih dari sekedar tempat ibadah. Ingat saja pada zaman Rasulullah SAW, masjid pada saat itu bukan hanya menjadi tempat ibadah, tetapi juga menjadi pusat pendidikan, tempat penyusunan strategi perang, sebagai tempat pengobatan, sebagai tempat tinggal dan bahkan sebagai penjara. Banyak sekali bukan manfaat dari masjid atau mushola. Oleh karena itu, hendaknya mulai sekarang kita membiasakan diri pergi ke masjid dan menjadikan masjid sebagai rumah kedua bagi kita, dengan begitu maka hati kita akan senantiasa merasa rindu dengan masjid-masjid.

Dua Orang Yang Saling Mengasihi Karena Allah SWT

Dua orang yang saling mengasihi karena Allah juga merupakan salah satu golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT. Mereka saling mengasihi bukan karena kelebihan yang mereka miliki, namun mereka saling mengasihi karena Allah SWT. Mereka bertemu dan berpisah karena Allah SWT. Namun, sekarang banyak sekali orang yang mengasihi orang lain bukan karena Allah SWT, namun karena kecantikan atau ketampanannya, karena hartanya, atau karena kedudukannya. Hal ini adalah hal yang tidak dibenarkan dalam Islam. Kasih yang hakiki di dalam Islam adalah mengasihi karena Allah SWT.

Seorang Laki-laki Yang Menolak Pelawaan Perempuan Untuk Berzina

Golongan yang satu ini mungkin adalah golongan yang paling langka dan jarang sekali di temukan, apalagi pada zaman sekarang ini. Bagaimana tidak, karena seorang wanita dapat membutakan mata hati seorang lelaki. Apabila ada seorang wanita yang cantik, kaya, dan memiliki kedudukan, lalu ia mengajak seorang lelaki untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah SWT tetapi sang lelaki menolak, dan ia mengatakan aku takut kepada Allah SWT, maka lelaki ini adalah salah seorang yang akan di berikan naungan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Kisah ini dapat kita pelajari dari kisah Nabi Yusuf AS.

Seseorang Yang Bersedekah Secara Sembunyi-Sembunyi

Sedekah adalah amal yang sangat besar pahala dan manfaatnya. Allah SWT menjanjikan kepada kita semua bahwa apabila kita bersedekah satu kali, maka Allah akan membalasnya sepuluh kali dari apa yang kita sedekahkan. Maka dari itu, orang yang bersedekah tidak akan jatuh miskin karena dengan bersedekah harta kita bukannya berkurang, namun justru terus bertambah. Namun, sedekah yang baik adalah diawali dengan niat yang baik pula, yaitu dengan mengharap ridho Allah, jangan dampai kita bersedekah hanya untuk dilihat oleh orang lain, dan memperlihatkan apa yang kita sedekahkan, karena hal itu sudah menyalahi syariat dan sedekahnya tidak akan diterima oleh Allah SWT. Oleh karena itu, sedekah yang paling baik adalah sedekah dengan sembunyi-sembunyi sampai-sampai diisyaratkan hingga tangan kiri kita tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kanan kita.

Seseorang Yang Berzikir Kepada Allah Hingga Menangis

Golongan terakhir yang akan mendapat naungan Allah SWT adalah orang yang senantiasa berzikir menyebut namanya di kala sendiri hingga meneteskan air mata. Ia menyadari betul akan kebesaran Allah SWT dan mengingat dosa-dosa yang telah dilakukannya. Ia berdzikir dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah SWT. Oleh karena itu, hendaknya kita selalu berdzikir mengingat Allah SWT dan menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada Allah SWT.

Semoga kita salah satu dari sekian banyak orang yang mendapatkan naungan Allah SWT di padang masyar kelak.

Syafaat Di Mahsyar



Syafaat dari segi bahasa ialah permohonan meminta sesuatu kebaikan untuk orang lain. Menurut syarak, syafaat ialah permohonan kepada Allah SWT oleh para ambiya dan solehin untuk umat dan orang yang diizinkan mendapat syafaat.

Syafaat yang paling besar di akhirat ialah syafaat Nabi SAW untuk mempercepatkan hisab amalan manusia. Syafaat ini dinamakan sebagai syafaat auzma atau syafaat kubra. Nabi SAW akan memohon kepada Allah SWT dipercepatkan hisab berikutan permintaan dari manusia yang tidak sanggup lagi menanggung keperitan dan kesengsaraan di mahsyar. Permohonan Nabi SAW dumakbulkan oleh Allah.

Monday, 25 November 2013

21 jenis rupa manusia yang menakutkan dibangkitkan di Mahsyar


(Sumber foto hiasan: theswedishbed.com)
Setelah semua makhluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memerintahkan Malaikat Israfil Alaihis Salam untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua makhluk yang sudah mati.

Malaikat Israfil pun akan meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:

"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka akan melihat langit, didapati langit berjalan-jalan. Apabila mereka melihat bumi, akan didapati bahawa bumi sudah bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu.

Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Di lihat laut; terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Di lihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Di lihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka akan berkata:

"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran:

"Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" 
(Surah Yassin, Ayat: 52) 

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia akan berada di dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan didalam menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan (taksub) dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. ( Ulama cari makan!)

 6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari dibelanjakan ke jalan Allah.

 9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai didalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini semasa di dunia payah hendak mengeluarkan zakat. 14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang begini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu semasa hidup teramat malas mengucap dua kalimah syahadah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup. 19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

 21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Bersegeralah memohon ampun kepada Allah SWT dan juga kepada orang2 yang kita aniayai, zalimi, khianati, hutangi, sakiti, hinakan, dan mendustai.

Janganlah kita remehkan meskipun dengan hal2 yang sekecil biji sawi sekalipun kerana ketika wang, harta, pangkat darjat, anak2 sudah tidak berguna lagi, ketika berada di hadapan Allah SWT kelak, ia akan menjadi hal yg besar (sehingga 7X lipatan) yang kita terpaksa mempertanggung jawabkannya.

Sekiranya kita lalai, bersedialah mempertanggungjawapkannya bila kita berada di hadapan Yang Maha Berkuasa nanti.

Kredit kepada Munshi

Keadaan Padang Mahsyar Yang Pelik!

Gambar sekadar Hiasan

Bolehkah seseorang berjalan dengan muka atau wajahnya? Mustahil, kalaupun boleh, mungkin mukanya akan calar balar, luka parah akibat beban dari badannya. Tapi, kemustahilan itu akan terjadi di hari kiamat nanti.

Kenyataan ghaib ini sebagaimana disabdakan Nabi Muhammad SAW dalam hadis sahih,

"Pada hari kiamat nanti, manusia akan dibangkitkan dalam tiga kelompok; kelompok yang berkendaraan, kelompok yang berjalan kaki, dan kelompok yang berjalan dengan wajahnya."

Karena akhirat adalah termasuk dalam perkara-perkara ghaib, bagaimana realitinya berjalan dengan wajah itu juga masih ghaib? Wallahua'lam.

Tapi yang jelas, dengan ukuran dunia, berjalan dengan muka tentu saja rasanya tidak kena. Memang hadis ini menceritakan tentang salah satu siksaan bagi orang yang berdosa kepada Allah SWT. Bila kita akan menyaksikan hal itu? Ketika kita pertama kali dibangkitkan dari kubur saat hari kiamat, dan kita berada di suatu tempat yang dinamakan mahsyar. Semua makhluk akan berjalan dengan berkaki ayam, tanpa seurat benang, dan dalam keadaan belum dikhatan menuju ke padang mahsyar, "

 Dalam gambaran kata-kata Rasulullah SAW yang sahih,
"Pada saat itu umat manusia akan dikumpulkan di tanah yang berwarna putih bagaikan tepung, dan tidak ada padanya tanda yang pernah ditinggalkan oleh seorang pun." Saat itu,"… manusia akan berpeluh dan banyaknya titisan peluh itu sehingga luasnya mencapai tujuh puluh dzira, menenggelamkan mereka hingga sampai ke paras telinga mereka." (HR.Bukhari).

Satu dzira sama dengan satu hasta. Bayangkan, betapa luasnya lautan peluh itu! Mereka tidak peduli  malahan sibuk dengan urusan mereka masing-masing,

Rasul SAW bersabda,
"Wahai Mu'adz! Sebenarnya engkau telah bertanya tentang persoalan yang amat besarl" Lalu berlinanglah air mata baginda karena menangis. Kemudian baginda bersabda, 

"Ada sepuluh golongan (sesat) dari umatku yang dibangkitkan secara terpisah. Mereka telah dipisahkan Allah SWT dari kumpulan kaum muslimin yang lain, dan wajah-wajah mereka telah diubah. 

Ada yang dirupakan seperti monyet; ada yang seperti babi; ada yang tubuhnya terbalik (kaki di atas) dan diseret muka mereka: ada yang buta tersungkur; ada yang bisu tuli dan tidak berakal; ada yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri yang menjulur sampai dada, dari mulut mereka mengalir tanah laksana air liur berbau busuk yang membuat semua orang merasa jijik kepadanya; ada yang terpotong tangan dan kakinya; ada yang disalib di atas palang-palang api; ada yang baunya lebih busuk daripada bangkai; dan ada pula yang berpakaian jubah yang terbuat dari timah yang meleleh. 

Adapun yang berwajah monyet adalah orang yang suka menyebarkan fitnah di antara sesama manusia; yang serupa babi adalah orang yang suka makan harta haram dan merampas hak orang lain; yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas adalah kaum pemakan riba; yang dalam keadaan buta adalah orang yang bertindak zalim dalam pemerintahan; yang buta tuli ialah mereka yang suka ujub (membangga-banggakan dan sombong) dengan amalannya; yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri adalah para ulama dan hakim yang kata-katanya berlawanan dengan perbuatannya; yang terpotong-potong tangan dan kakinya adalah orang yang selalu mengganggu tetangganya; yang tersalib di atas palang-palang api adalah orang yang suka memfitnah orang lain kepada penguasa; yang baunya lebih busuk daripada bangkai adalah orang yang selalu mengumbar hawa nafsu, bergelumang dosa nafsu syahwat, serta menolak menunaikan hak Allah dalam harta kekayaannya. Adapun yang memakai baju-baju panjang terbuat dari timah meleleh adalah orang yang selalu takabur, suka bermegah-megahan dan memuji diri sendiri."

Padang mahsyar baru merupakan satu episod perjalanan manusia di akhirat. Mereka masih perlu melalui  episod lainnya, iaitu menyeberangi titian Sirat, menimbang amal di neraca Mizan, dan barulah kemudian penentuan: mereka akan dimasukkan ke surga atau neraka.

Kredit kepada  Sarkub


Dua golongan manusia di Mahsyar


padang mahsyar

Ketika berada di Mahsyar, manusia terbahagi kepada 2 golongan iaitu :

Golongan 1

Ambiya, Auliya dan Solehin

Golongan ini tidak mengalami sebarang kesusahan dan kesengsaraan di Mahsyar. Mereka berada dalam keadaan selesa dan tenang.

Golongan 2

Kafir, Munafik, Fasik dan A'si

Mereka berada dallam keadaan cemas, gelisah dan menanggung pelbagai penderitaan sementara menunggu perbicaraaan. Ada yang berasa panas seolah-olah matahari berada sejengkal di atas kepala atau lebih dahsyat daripada itu.

Rasulullah SAW telah menjelaskan suasana dan keadaan di Mahsyar melalui hadis berikut :

Maksudnya : Daripada Saidatina Aishah bahawa dia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Manusia dihimpun pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, berbogel, dan tidak berkhatan. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, adakah mereka memandang antara satu sama lain? Rasulullah bersabda : Wahai Aishah, keadaan pada waktu itu amat dahsyat sehingga mereka tidak memandang di antara satu sama lain.

Begitulah dahsyatnya Mahsyar seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW, walaupun begitu, golongan yang mendapat syafaat di Mahsyar berada dalam keadaan selesa dan tenang.

Foto hiasan

Tuesday, 5 November 2013

Dahsyatnya Perhimpunan Di Mahsyar


Foto hiasan kredit kepada Bangkit

Maksud Mahsyar

Mahsyar dari segi bahasa bermaksud tempat berhimpun. Menurut syarak, Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan selepas dihidupkan semula. Manusia akan dihimpun di Mahsyar untuk pengadilan dan dihisab sgala amalan mereka di dunia.

Firman Allah SWT
Maksudnya : Dan ingatlah akan hari kami perjalankan gunung-ganang, kamu akan melihat bumi itu mendatar, kami himpunkan seluruh manusia dan tidak kami meninggalkan seorangpun daripada mereka ( Surah Al-Kahfi : 47)

Setiap amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak, maka mahsyar diadakan sebagai mahkamah pengadilan bagi menghisab amalan manusia.

Enam Jahanam Dosa yang tidak diampunkan walaupun bertaubat kecuali....



Awas, berikut adalah 6 dosa yang tidak diampunkan Allah selagi si pelaku dosa tidak melakukan perkara-perkara seperti di bawah. Semoga menjadi peringatan buat kita semua

1- Makan harta anak yatim secara haram. ( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

 2- Menuduh wanita solehah berzina. ( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ). Foto Kredit Blog Fendi

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan syariat Allah SWT. ( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

 4- Melakukan sihir. ( Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

 5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk. ( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. ( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kredit Blog Zilzaal Sumber : Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Perbezaan Antara Dosa dan Pahala


Kredit foto

Pahala

  1. Ganjaran kebaikan
  2. Pelakunya mendapat nikmat syurga
  3. Ganjaran Pahala tidak terhad banyakknya
  4. Mendapat pahala apabila berniat melakukan sesuatu kebaikan walaupun belum melakukannya
  5. Tanda Rahmat Allah SWT kepada manusia

Dosa

  1. Balasan kejahatan
  2. Pelakunya mendapat azab neraka
  3. Balasan setimpal dengan dosa yang dilakukan
  4. Tidak mendapat dosa apabila berniat melakukan sesuatu kejahatan sehinggalah melakukannya
  5. Tanda keadilan kepada manusia

Hikmah Pembalasan Dosa

Takut Terhadap Dosa Penghapus Seluruh Amalan
 Dosa, penghapus amalan, lakukan maksiat akan diazab

Perbuatan dosa dan maksiat akan dibalas dengan azab Allah SWT. Sudah tentu ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi di sebalik pembalasan azab atas dosa itu. Antara hikmah pembalasan dosa ialah :

  1. Sebagai balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukan.
  2. Membuktikan keadilan Allah SWT kepada manusia terhadap amalan yang dilakukan di dunia.
  3. Supaya takut melakukan kejahatan.
  4. Membersihkan diri orang yang beriman daripada dosa sebelum dimasukkan ke dalam syurga.




Langkah-langkah Menjauhi Dosa

 
Menjauhi tempat-tempat maksiat seperti Kelab Malam 
 

Perbuatan dosa merupakan perkara keji yang dilakukan oleh manusia dan kita boleh mengelakannya jika kita tahu cara-cara untuk menjauhinya, sebagaimana berikut:

  1. Memperbanyak amalan sunat bagi mendekatkan diri kepada Alllah SWT.
  2. Menginsafi azab yang akan ditempuh oleh orang yang melakukan dosa pada hari akhirat.
  3. Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak menyukainya.
  4. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yanag melakukan kejahatan dan kemungkaran.
  5. Menjauhi tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa.
  6. Menambah ilmu pengetahuan agama dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku atau melayari laman web yang berfaedah.

Sunday, 27 October 2013

Cara-cara menghapuskan dosa

 
Kredit foto sedekah

Orang mukmin diwajibkan berusaha menghapuskan dosa yang telah dilakukan. Cara penghapusan tersebut adalah seperti berikut :

Menghapuskan dosa besar


  1. Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.
  2. Rela menjalani hukuman apabila dihadapkan ke mahkamah dengan sabit hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.
  3. Memperbanyakkan istigfar iaitu mohon keampunan kepada Allah SWT.


Menghapuskan dosa kecil


  1. Melakukan kebajikan.
  2. Menunaikan ibadah-ibadah fardu.
  3. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, sentiasa berwuduk dan membaca Al-Quran.
  4. Memperbanyakkan zikir Astagfirullahal azim kepada Allah SWT.

Pembahagian Dosa


Kredit foto Sebat

Dosa terbahagi kepada dua bahagian iaitu dosa kecil dan dosa besar. Untuk memudahkan sila rujuk jadual berikut:

Dosa Kecil
Ertinya melakukan perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukuman di dunia oleh Al-Quran atau Hadis dan tidak diberi ancaman azab di akhirat.

Contohnya, melihat aurat bukan muhrim, tidak mengurus diri, membuang sampah di tempat awam dan melakukan perkara yang tidak berfaedah

Akibat jika melakukan dosa kecil berterusan akan menjadi dosa besar.

Dosa Besar

Ertinya melakukan perbuatan maksiat yang ditentukan hukumannya di dunia oleh Al-Quran atau Hadis dan diberi ancaman azab di akhirat.

Contohnya, berzina,menuduh orang yang suci melakukan zina atau liwat, memberi atau menerima rasuah, merompak dan membunuh serta derhaka kepada ibu bapa.

Akibat jika melakukan dosa besar amat berat di mana individu itu dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir. Akan menerima siksa neraka jika tidak bertaubat.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah berusaha menjauhkan diri daripada melakukan dosa, sekiranya terlanjur, kita hendaklah segera bertaubat dan enghapuskannya mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syarak.


Thursday, 24 October 2013

Kisah Benar: Pengalaman Ustaz Mengurus Jenazah Berdosa


Kredit Foto Akanmati

Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam.

Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

ulat hidup

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Dosa Lebuhraya Ke Neraka

Jenazah tidak diterima bumi
 Kredit Foto Pepatah

Maksud Dosa

Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang tidak mematuhi perintah atau melanggar larangan. Setiap kejahatan akan dibalas oleh Allah SWT pada hari akhirat, namun terdapat juga dosa yang dibalas sejak di dunia lagi.

Firman Allah SWT :
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan seberat zarah kejahatan dia akan melihatnya (pada hari akhirat).
(Surah Al-Zalzalah : 8)

Dalam ayat di atas, Allah SWT meyatakan bahawa setiap kejahatan yang dilakukan oleh manusia akan diperlihatkan pada hari akhirat untuk diadili. Orang yang paling beruntung ialah orang yang diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Perkataan dosa dalam Al-Quran

Apabila kita merujuk Al-Quran, terdapat beberapa perkataan yang memberi maksud dosa seperti berikut :
  1. Az-Zanbu
  2. Al-Ithmu
  3. As-Saiyyiah
  4. Al-Isyyan
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3


Wednesday, 23 October 2013

Kepentingan beriman mengenai adanya ganjaran pahala

Lamb-kebab-vendor by *shanghai*sparkles* / Creative Commons

Masih ada lagi di kalangan masyarakat tidak mempercayai adanya ganjaran pahala dan balasan dosa. maka berbuat kerosakanlah mereka di  muka bumi ini sesuka hati mereka kerana tiada ancaman dan tiada ketakutan malahan berbangga dengan dosa yang mereka lakukan. Astagfirullah-al-azim.

Kepentingan beriman kepada pahala mendorong umat Islam gemar melakukan kebaikan ke arah membangunkan negara tanpa mengira kepentingan peribadi. Ia juga menjadi pendorong dan sumber motivasi dalam kehidupan. Mereka akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu kerana mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Hanya umat yang bersungguh-sungguh sahaja mamnpu membina tamadun manusia.

sebaliknya

Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada pahala akan terjerumus melakukan sesuatu bukan atas kepentingan orang ramai tetapi atas kepentingan pribadi, kepentingan suku-sakat dan keluarga, kepentingan rakan rapat dan rakan kongsi. Ia akan menjadi tamak haloba dan untuk melicinkan urusan biasanya mereka akan mengambil jalan mudah seperti melakukan rasuah dan penyelewengan. Jika ini berlaku, maka ia adalah tanda-tanda kemusnahan susuatu tamadun dalam kehidupan manusia.

Kredit Foto Muslim Village

Sumber dengan tambahan Buku Teks KBSM Tingkatan 3


Tips Meningkatkan Ganjaran Pahala

Mati Bersujud

Kredit Foto Mati bersujud

Ada beberapa tips atau langkah-langkah yang mudah untuk kita meningkatkan ganjaran pahala ke tahap maksimum. Walaupun kadangkala perkara itu nampak remeh, tetapi besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Walaupun perkara kebajikan yang kita laksanakan itu nampak hebat dan gah tetapi ketahuilah bahawa ia akan gagal apabila tiada keikhlasan dalam amalan atau buat sesuatu bukan kerana Allah SWT.

Tips meningkatkan pahala adalah seperti berikut :


  1. Melakukan amalan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
  2. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu syariat untuk kita mengetahui suruhan dan larangan Allah SWT.
  3. Beriltizam dalam melakukan kebaikan secara bersungguh-sungguh bukannya sambil-lewa.
  4. Berusaha memastikan setiap kebaikan yang dilakukan paling berkualiti.
  5. Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid, surau atau di mana-mana sahaja secara berterusan.
  6. Berdamping dengan teman-teman yang cinta dan suka melakukan kebaikan.
  7. Berdamping dengan  para ilmuan seperti ulama dan ustaz-ustazah.
  8. Berjihad menegakkan syariat Islam bagi mengangkat tamadun manusia
Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Hikmah disebalik ganjaran pahala yang Allah beri


Umroh dan Haji Mabrur
Antara hikmah Allah berikan ganjaran pahala atas tiap-tiap sesuatu kebaikan dan kebajikan yang kita buat adalah seperti berikut::


  1. Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
  2. Sebagai dorongan dan motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan.
  3. Melahirkan individu yang baik, berfikiran positif dan boleh memberi sumbangan untuk kemajuan hidup.
  4. Melahirkan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah SWT.
  5. Menjamin keharmonian dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara.

Sumber Buku Teks KBSM Tingkatan 3

Wednesday, 16 October 2013

Fahami Konsep Pahala & Dosa




 Masjid penuh sesak, terpaksa solat berjamaah di tangga



Manusia biasa seperti kita tidak boleh lari dari samada melakukan amalan yang mendapat pahala atau dosa dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, seseorang yang berbuat baik akan mendapat ganjaran baik, seperti penghargaan atau hadiah. Seseorang yang berbuat jahat pula, akan mendapat balasan buruk seperti cemuhan atau hukuman.

Berbuat Baik = Mendapat Ganjaran Baik (Hadiah & Penghargaan)

Berbuat Jahat = Mendapat Balasan Buruk (Cemuhan, Hukuman, Denda, Penjara & Sebagainya)

Pahala yang diberikan atas sesuatu kebaikan yang kita lakukan amat banyak. Contohnya, satu kebaikan diganjari sepuluh hingga tujuh ratus pahala malah lebih daripada itu. Kita hendaklah rajin melakukan kebaikan dan berlumba-lumba membuat amalan yang mendatangkan pahala. Kita juga hendaklah bijak memilih pekerjaan yang baik dan berfaedah. Manusia dikurniakan akal agar dapat memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan sampai tersalah memilih jalan hidup.


Pahala Pendorong Melakukan Amalan Soleh


 Lihat nur pada wajah pemuda yang tersenyum kerana memperolehi mati syahid


Perbuatan yang baik akan diberi pahala olehAllah dan degan ganjaran pahala itu, ia akan mendorong dan memotivasikan seseorang itu untuk melakukan amalan-amalan kebaikan.

Maksud pahala

Pahala ialah ganjaran baik yang disediakanAllah SWT untuk hamba-hamba yang mematuhi perintahNya. Firman Allah SWT

Maksudnya : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seberat zarah akan dilihat (dalam surat amalan)
(Surah Al-Zalzalah : 7)

Allah SWT Yang Maha Adil telah menurunkan syariat kepada manusia untuk menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Peraturan-peraturan tersebut berbentuk suruhan dan juga larangan. Untuk melahirkan keadilan, Allah SWT telah memberi jaminan bahawa, sesiapa yang melaksanakan suruhan akan diberikan ganjaran baik, manakala sesiapa yang melakukan larangan pula akan diberi balasan buruk. Jaminan itu ialah pahala dan dosa.

Pahala berganda

Tahukah anda kebaikan yang kita lakukan bukan sahaja mendapatpahala berlipat-ganda, tetapi mempunyai banyak kelebihan, antaranya :

  1. Nur (cahaya ) pada wajah
  2. Nur di dalam hatinya
  3. Kekuatan pada jasad badan
  4. Keluasan dan limpahan rezeki
  5. Memperolehi kasih sayang sesama manusia



Sumber : Buku Teks KBSM Tingkatan 3