Trafik

Monday 25 November 2013

21 jenis rupa manusia yang menakutkan dibangkitkan di Mahsyar


(Sumber foto hiasan: theswedishbed.com)
Setelah semua makhluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memerintahkan Malaikat Israfil Alaihis Salam untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua makhluk yang sudah mati.

Malaikat Israfil pun akan meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:

"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka akan melihat langit, didapati langit berjalan-jalan. Apabila mereka melihat bumi, akan didapati bahawa bumi sudah bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu.

Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Di lihat laut; terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Di lihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Di lihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka akan berkata:

"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran:

"Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" 
(Surah Yassin, Ayat: 52) 

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia akan berada di dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan didalam menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan (taksub) dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. ( Ulama cari makan!)

 6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari dibelanjakan ke jalan Allah.

 9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai didalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini semasa di dunia payah hendak mengeluarkan zakat. 14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang begini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu semasa hidup teramat malas mengucap dua kalimah syahadah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup. 19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

 21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Bersegeralah memohon ampun kepada Allah SWT dan juga kepada orang2 yang kita aniayai, zalimi, khianati, hutangi, sakiti, hinakan, dan mendustai.

Janganlah kita remehkan meskipun dengan hal2 yang sekecil biji sawi sekalipun kerana ketika wang, harta, pangkat darjat, anak2 sudah tidak berguna lagi, ketika berada di hadapan Allah SWT kelak, ia akan menjadi hal yg besar (sehingga 7X lipatan) yang kita terpaksa mempertanggung jawabkannya.

Sekiranya kita lalai, bersedialah mempertanggungjawapkannya bila kita berada di hadapan Yang Maha Berkuasa nanti.

Kredit kepada Munshi

Keadaan Padang Mahsyar Yang Pelik!

Gambar sekadar Hiasan

Bolehkah seseorang berjalan dengan muka atau wajahnya? Mustahil, kalaupun boleh, mungkin mukanya akan calar balar, luka parah akibat beban dari badannya. Tapi, kemustahilan itu akan terjadi di hari kiamat nanti.

Kenyataan ghaib ini sebagaimana disabdakan Nabi Muhammad SAW dalam hadis sahih,

"Pada hari kiamat nanti, manusia akan dibangkitkan dalam tiga kelompok; kelompok yang berkendaraan, kelompok yang berjalan kaki, dan kelompok yang berjalan dengan wajahnya."

Karena akhirat adalah termasuk dalam perkara-perkara ghaib, bagaimana realitinya berjalan dengan wajah itu juga masih ghaib? Wallahua'lam.

Tapi yang jelas, dengan ukuran dunia, berjalan dengan muka tentu saja rasanya tidak kena. Memang hadis ini menceritakan tentang salah satu siksaan bagi orang yang berdosa kepada Allah SWT. Bila kita akan menyaksikan hal itu? Ketika kita pertama kali dibangkitkan dari kubur saat hari kiamat, dan kita berada di suatu tempat yang dinamakan mahsyar. Semua makhluk akan berjalan dengan berkaki ayam, tanpa seurat benang, dan dalam keadaan belum dikhatan menuju ke padang mahsyar, "

 Dalam gambaran kata-kata Rasulullah SAW yang sahih,
"Pada saat itu umat manusia akan dikumpulkan di tanah yang berwarna putih bagaikan tepung, dan tidak ada padanya tanda yang pernah ditinggalkan oleh seorang pun." Saat itu,"… manusia akan berpeluh dan banyaknya titisan peluh itu sehingga luasnya mencapai tujuh puluh dzira, menenggelamkan mereka hingga sampai ke paras telinga mereka." (HR.Bukhari).

Satu dzira sama dengan satu hasta. Bayangkan, betapa luasnya lautan peluh itu! Mereka tidak peduli  malahan sibuk dengan urusan mereka masing-masing,

Rasul SAW bersabda,
"Wahai Mu'adz! Sebenarnya engkau telah bertanya tentang persoalan yang amat besarl" Lalu berlinanglah air mata baginda karena menangis. Kemudian baginda bersabda, 

"Ada sepuluh golongan (sesat) dari umatku yang dibangkitkan secara terpisah. Mereka telah dipisahkan Allah SWT dari kumpulan kaum muslimin yang lain, dan wajah-wajah mereka telah diubah. 

Ada yang dirupakan seperti monyet; ada yang seperti babi; ada yang tubuhnya terbalik (kaki di atas) dan diseret muka mereka: ada yang buta tersungkur; ada yang bisu tuli dan tidak berakal; ada yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri yang menjulur sampai dada, dari mulut mereka mengalir tanah laksana air liur berbau busuk yang membuat semua orang merasa jijik kepadanya; ada yang terpotong tangan dan kakinya; ada yang disalib di atas palang-palang api; ada yang baunya lebih busuk daripada bangkai; dan ada pula yang berpakaian jubah yang terbuat dari timah yang meleleh. 

Adapun yang berwajah monyet adalah orang yang suka menyebarkan fitnah di antara sesama manusia; yang serupa babi adalah orang yang suka makan harta haram dan merampas hak orang lain; yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas adalah kaum pemakan riba; yang dalam keadaan buta adalah orang yang bertindak zalim dalam pemerintahan; yang buta tuli ialah mereka yang suka ujub (membangga-banggakan dan sombong) dengan amalannya; yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri adalah para ulama dan hakim yang kata-katanya berlawanan dengan perbuatannya; yang terpotong-potong tangan dan kakinya adalah orang yang selalu mengganggu tetangganya; yang tersalib di atas palang-palang api adalah orang yang suka memfitnah orang lain kepada penguasa; yang baunya lebih busuk daripada bangkai adalah orang yang selalu mengumbar hawa nafsu, bergelumang dosa nafsu syahwat, serta menolak menunaikan hak Allah dalam harta kekayaannya. Adapun yang memakai baju-baju panjang terbuat dari timah meleleh adalah orang yang selalu takabur, suka bermegah-megahan dan memuji diri sendiri."

Padang mahsyar baru merupakan satu episod perjalanan manusia di akhirat. Mereka masih perlu melalui  episod lainnya, iaitu menyeberangi titian Sirat, menimbang amal di neraca Mizan, dan barulah kemudian penentuan: mereka akan dimasukkan ke surga atau neraka.

Kredit kepada  Sarkub


Dua golongan manusia di Mahsyar


padang mahsyar

Ketika berada di Mahsyar, manusia terbahagi kepada 2 golongan iaitu :

Golongan 1

Ambiya, Auliya dan Solehin

Golongan ini tidak mengalami sebarang kesusahan dan kesengsaraan di Mahsyar. Mereka berada dalam keadaan selesa dan tenang.

Golongan 2

Kafir, Munafik, Fasik dan A'si

Mereka berada dallam keadaan cemas, gelisah dan menanggung pelbagai penderitaan sementara menunggu perbicaraaan. Ada yang berasa panas seolah-olah matahari berada sejengkal di atas kepala atau lebih dahsyat daripada itu.

Rasulullah SAW telah menjelaskan suasana dan keadaan di Mahsyar melalui hadis berikut :

Maksudnya : Daripada Saidatina Aishah bahawa dia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Manusia dihimpun pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, berbogel, dan tidak berkhatan. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, adakah mereka memandang antara satu sama lain? Rasulullah bersabda : Wahai Aishah, keadaan pada waktu itu amat dahsyat sehingga mereka tidak memandang di antara satu sama lain.

Begitulah dahsyatnya Mahsyar seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW, walaupun begitu, golongan yang mendapat syafaat di Mahsyar berada dalam keadaan selesa dan tenang.

Foto hiasan

Tuesday 5 November 2013

Dahsyatnya Perhimpunan Di Mahsyar


Foto hiasan kredit kepada Bangkit

Maksud Mahsyar

Mahsyar dari segi bahasa bermaksud tempat berhimpun. Menurut syarak, Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan selepas dihidupkan semula. Manusia akan dihimpun di Mahsyar untuk pengadilan dan dihisab sgala amalan mereka di dunia.

Firman Allah SWT
Maksudnya : Dan ingatlah akan hari kami perjalankan gunung-ganang, kamu akan melihat bumi itu mendatar, kami himpunkan seluruh manusia dan tidak kami meninggalkan seorangpun daripada mereka ( Surah Al-Kahfi : 47)

Setiap amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak, maka mahsyar diadakan sebagai mahkamah pengadilan bagi menghisab amalan manusia.

Enam Jahanam Dosa yang tidak diampunkan walaupun bertaubat kecuali....



Awas, berikut adalah 6 dosa yang tidak diampunkan Allah selagi si pelaku dosa tidak melakukan perkara-perkara seperti di bawah. Semoga menjadi peringatan buat kita semua

1- Makan harta anak yatim secara haram. ( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

 2- Menuduh wanita solehah berzina. ( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ). Foto Kredit Blog Fendi

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan syariat Allah SWT. ( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

 4- Melakukan sihir. ( Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

 5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk. ( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. ( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kredit Blog Zilzaal Sumber : Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Perbezaan Antara Dosa dan Pahala


Kredit foto

Pahala

  1. Ganjaran kebaikan
  2. Pelakunya mendapat nikmat syurga
  3. Ganjaran Pahala tidak terhad banyakknya
  4. Mendapat pahala apabila berniat melakukan sesuatu kebaikan walaupun belum melakukannya
  5. Tanda Rahmat Allah SWT kepada manusia

Dosa

  1. Balasan kejahatan
  2. Pelakunya mendapat azab neraka
  3. Balasan setimpal dengan dosa yang dilakukan
  4. Tidak mendapat dosa apabila berniat melakukan sesuatu kejahatan sehinggalah melakukannya
  5. Tanda keadilan kepada manusia

Hikmah Pembalasan Dosa

Takut Terhadap Dosa Penghapus Seluruh Amalan
 Dosa, penghapus amalan, lakukan maksiat akan diazab

Perbuatan dosa dan maksiat akan dibalas dengan azab Allah SWT. Sudah tentu ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi di sebalik pembalasan azab atas dosa itu. Antara hikmah pembalasan dosa ialah :

  1. Sebagai balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukan.
  2. Membuktikan keadilan Allah SWT kepada manusia terhadap amalan yang dilakukan di dunia.
  3. Supaya takut melakukan kejahatan.
  4. Membersihkan diri orang yang beriman daripada dosa sebelum dimasukkan ke dalam syurga.




Langkah-langkah Menjauhi Dosa

 
Menjauhi tempat-tempat maksiat seperti Kelab Malam 
 

Perbuatan dosa merupakan perkara keji yang dilakukan oleh manusia dan kita boleh mengelakannya jika kita tahu cara-cara untuk menjauhinya, sebagaimana berikut:

  1. Memperbanyak amalan sunat bagi mendekatkan diri kepada Alllah SWT.
  2. Menginsafi azab yang akan ditempuh oleh orang yang melakukan dosa pada hari akhirat.
  3. Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak menyukainya.
  4. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yanag melakukan kejahatan dan kemungkaran.
  5. Menjauhi tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa.
  6. Menambah ilmu pengetahuan agama dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku atau melayari laman web yang berfaedah.