Trafik

Tuesday 24 November 2015

Malhamah Al-Kubra, Peperangan akhir zaman



Khutbah Jumaat Ust Zulkifli MA yang sangat mengesankan, mengenai peperangan akhir zaman dan agenda memecah-belahkan umat, raja baru yang soleh dan iluminiti (Dajjal). siapakah yang akan menang?

Wednesday 22 January 2014

6 Langkah Meningkatkan Iman Kepada Hari Akhirat

http://suraukini.blogspot.com/2012/11/nur-tuhan-hijjaz-mengingati-mati-dalam.html


Antara langkah-langkah tersebut ialah :

  1. Menuntut ilmu supaya dapat mengenal Allah SWT dan meyakini kebenaran janji Allah kepada orang yang beriman.
  2. Berzikir mengingati Allah sama ada secara bersendiri atau di dalam majlis zikir.
  3. Berfikir dan mengambil iktibar daripada bencana alam yang menimpa seperti tsunami, gempa bumi, banjir dan taufan.
  4. Mengingati mati dengan menziarahi dan menunaikan solat jenazah serta mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  5. Menyelidik dan mengkaji ayat Al-Quran yang menerangkan tentang dahsyatnya peristiwa hari akhirat.
  6. Mengadakan program berunsur dakwah seperti forum, ceramah dan bengkel yang bertemakan mati dan hari akhirat.

5 Ciri Orang Yang Beriman Kepada Hari Akhirat

anak_beramal.jpg









Orang Yang beriman kepada hari akhirat mempunyai ciri-ciri sebagaimana berikut :

  1. Ibadat - Melakukan perkara yang bermanfaat dan menggunakan masa lapang, kekayaan dan kesihatan untuk menambahkan amal ibadat dan kebajikan.
  2. Pakaian - Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas, bersih dan sopan.
  3. Akhlak - Mesra dan sopan santun dengan ibubapa, guru, rakan dan orang yang lebih tua.
  4. Ilmu - Tekun belajar dan memberi sumbangan ilmu serta mengajak orang lain melakukan amar ma'aruf nahi munkar.
  5. Perkhidmatan - Membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan sesuatu tugas khidmat kebajikan atau membantu orang yang ditimpa kesusahan dengan ikhlas.

Tuesday 21 January 2014

Beriman Kepada Hari Akhirat Menghendaki Seseorang Itu Bertaqwa

Beriman kepada hari akhirat menghendaki seseorang itu bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan sunat.

Firman Allah SWT :


2:197
Maksudnya :  (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; Dan berbekallah (untuk hari akhirat) sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa dan bertaqwalah wahai orang yang mempunyai akal fikiran. (Surah Al-Baqarah : 197)

Ayat di atas menyuruh orang beriman supaya membuat persiapan secukupnya sebagai bekalan pada hari akhirat dengan  melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Sunday 19 January 2014

Kesan Beriman Kepada Hari Akhirat




Keimanan kepada hari akhirat menjadikan kehidupan manusia bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat. Beriman kepada hari akhirat merupakan keimanan kepada perkara Ghaib atau Sam'iyyat. Ia memberi kesan positig kepada individu, keluarga dan masyarakat. Antara kesan positif adalah seperti berikut :

Individu   

  1. Menunalikan ibadat dengan khusyuk dan mengharapkan keredaan Allah SWT. 
  2. Bercakap dengan perkataan yang baik dan bermanfaat.
  3. Bersikap adil terhadap diri sendiri.
  4. Melakukan amalan kebajikan.

Keluarga

  1. Berkasih sayang dan hormat menghormati antara anggota keluarga.
  2. Menunaikan hak sebagai, anak, ibubapa dan sanak saudara.
  3. Mewujudkan suasana ibadah dalam keluarga seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berpuasa sunat.
  4. Menampilkan rumah tangga yang bersih, harmoni dan ceria kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  5. Membentuk keluarga soleh yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Masyarakat

  1. Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan tenteram, jauh dari jenayah yang merungsingkan dan menakutkan.
  2. Mewujudkan masyarakat yang amar ma'aruf nahi munkar.
  3. Bekerjasama dalam meningkatkan kualiti kehidupan (standard of living) bukan peningkatan kos sara kehidupan (cost of living).
  4. Bersikap mengutamakan orang lain.
  5. Masyarakat yang tidak iri hati terhadap kejayaan orang lain

Amar Ma'aruf Nahi Munkar


Kita mesti membudayakan amar ma'aruf nahi munkar di pertempatan kita demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Antara perkara amar ma'aruf dan nahi munkar yang dapat dilaksanakan adalah seperti berikut :

Amar Ma'aruf - Menyeru Kepada Kebaikan

  1. Menjaga kebajikan orang tua, ibu tunggal, anak yatim, mualaf dan orang fakir miskin.
  2. Mematuhi dan melaksanakan syariat Allah SWT.
  3. Menjaga harta kepentingan awam seperti masjid dan madrasah.
  4. Tidak keberatan untuk membantu ibu bapa, guru, jiran, orang yang memerlukan.
  5. Menyampaikan dakwah kepada sesama muslim dan bukan Islam agar memahami Islam secara menyeluruh dan dengan kaedah yang berhikmah serta bukan dengan cara yang menakut-nakutkan.

Nahi Munkar - Menjauhi Kejahatan

  1. Menasihati dengan hikmah orang yang berbuat maksiat dan dosa.
  2. Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku perbuatan yang melanggar syarak.
  3. Mencegah kemungkaran dengan tangan bagi pemerintah, dengan kata-kata dan paling lemah membenci perbuatan itu di dalam hati.
  4. Tidak menyokong segala bentuk kezaliman, kemungkaran, penipuan, rasuah, kroni dan kepentinagn suku sakat.