Trafik

Wednesday, 22 January 2014

6 Langkah Meningkatkan Iman Kepada Hari Akhirat

http://suraukini.blogspot.com/2012/11/nur-tuhan-hijjaz-mengingati-mati-dalam.html


Antara langkah-langkah tersebut ialah :

  1. Menuntut ilmu supaya dapat mengenal Allah SWT dan meyakini kebenaran janji Allah kepada orang yang beriman.
  2. Berzikir mengingati Allah sama ada secara bersendiri atau di dalam majlis zikir.
  3. Berfikir dan mengambil iktibar daripada bencana alam yang menimpa seperti tsunami, gempa bumi, banjir dan taufan.
  4. Mengingati mati dengan menziarahi dan menunaikan solat jenazah serta mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  5. Menyelidik dan mengkaji ayat Al-Quran yang menerangkan tentang dahsyatnya peristiwa hari akhirat.
  6. Mengadakan program berunsur dakwah seperti forum, ceramah dan bengkel yang bertemakan mati dan hari akhirat.

5 Ciri Orang Yang Beriman Kepada Hari Akhirat

anak_beramal.jpg









Orang Yang beriman kepada hari akhirat mempunyai ciri-ciri sebagaimana berikut :

  1. Ibadat - Melakukan perkara yang bermanfaat dan menggunakan masa lapang, kekayaan dan kesihatan untuk menambahkan amal ibadat dan kebajikan.
  2. Pakaian - Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas, bersih dan sopan.
  3. Akhlak - Mesra dan sopan santun dengan ibubapa, guru, rakan dan orang yang lebih tua.
  4. Ilmu - Tekun belajar dan memberi sumbangan ilmu serta mengajak orang lain melakukan amar ma'aruf nahi munkar.
  5. Perkhidmatan - Membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan sesuatu tugas khidmat kebajikan atau membantu orang yang ditimpa kesusahan dengan ikhlas.

Tuesday, 21 January 2014

Beriman Kepada Hari Akhirat Menghendaki Seseorang Itu Bertaqwa

Beriman kepada hari akhirat menghendaki seseorang itu bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan sunat.

Firman Allah SWT :


2:197
Maksudnya :  (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; Dan berbekallah (untuk hari akhirat) sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa dan bertaqwalah wahai orang yang mempunyai akal fikiran. (Surah Al-Baqarah : 197)

Ayat di atas menyuruh orang beriman supaya membuat persiapan secukupnya sebagai bekalan pada hari akhirat dengan  melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Sunday, 19 January 2014

Kesan Beriman Kepada Hari Akhirat




Keimanan kepada hari akhirat menjadikan kehidupan manusia bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat. Beriman kepada hari akhirat merupakan keimanan kepada perkara Ghaib atau Sam'iyyat. Ia memberi kesan positig kepada individu, keluarga dan masyarakat. Antara kesan positif adalah seperti berikut :

Individu   

  1. Menunalikan ibadat dengan khusyuk dan mengharapkan keredaan Allah SWT. 
  2. Bercakap dengan perkataan yang baik dan bermanfaat.
  3. Bersikap adil terhadap diri sendiri.
  4. Melakukan amalan kebajikan.

Keluarga

  1. Berkasih sayang dan hormat menghormati antara anggota keluarga.
  2. Menunaikan hak sebagai, anak, ibubapa dan sanak saudara.
  3. Mewujudkan suasana ibadah dalam keluarga seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berpuasa sunat.
  4. Menampilkan rumah tangga yang bersih, harmoni dan ceria kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  5. Membentuk keluarga soleh yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Masyarakat

  1. Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan tenteram, jauh dari jenayah yang merungsingkan dan menakutkan.
  2. Mewujudkan masyarakat yang amar ma'aruf nahi munkar.
  3. Bekerjasama dalam meningkatkan kualiti kehidupan (standard of living) bukan peningkatan kos sara kehidupan (cost of living).
  4. Bersikap mengutamakan orang lain.
  5. Masyarakat yang tidak iri hati terhadap kejayaan orang lain

Amar Ma'aruf Nahi Munkar


Kita mesti membudayakan amar ma'aruf nahi munkar di pertempatan kita demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Antara perkara amar ma'aruf dan nahi munkar yang dapat dilaksanakan adalah seperti berikut :

Amar Ma'aruf - Menyeru Kepada Kebaikan

  1. Menjaga kebajikan orang tua, ibu tunggal, anak yatim, mualaf dan orang fakir miskin.
  2. Mematuhi dan melaksanakan syariat Allah SWT.
  3. Menjaga harta kepentingan awam seperti masjid dan madrasah.
  4. Tidak keberatan untuk membantu ibu bapa, guru, jiran, orang yang memerlukan.
  5. Menyampaikan dakwah kepada sesama muslim dan bukan Islam agar memahami Islam secara menyeluruh dan dengan kaedah yang berhikmah serta bukan dengan cara yang menakut-nakutkan.

Nahi Munkar - Menjauhi Kejahatan

  1. Menasihati dengan hikmah orang yang berbuat maksiat dan dosa.
  2. Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku perbuatan yang melanggar syarak.
  3. Mencegah kemungkaran dengan tangan bagi pemerintah, dengan kata-kata dan paling lemah membenci perbuatan itu di dalam hati.
  4. Tidak menyokong segala bentuk kezaliman, kemungkaran, penipuan, rasuah, kroni dan kepentinagn suku sakat.

Amalan Soleh Sebagai Bekalan



Antara contoh amalan soleh yang dapat dijadikan bekalan menghadapi hari akhirat adalah seprti berikut :

  1. Menuntut Ilmu - Menuntut ilmu yang bermanfaat serta menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.
  2. Berakhlak Mulia - Menghormati dan membantu ibubapa, guru, jiran dan dengan sukarela menjaga kebersihan sekolah serta masjid.
  3. Jihad -  Berusaha meningkatkan kefahaman Islam kepada segenap lapisan masyarakat, memperjuangkan kehidupan bersyariat, sedaya-upaya melawan tipu daya dan godaan syaitan serta kuncu-kuncunya.
  4. Bersedekah - Memberi bantuan kepada orang yang memerlukan seperti fakir, miskin, pelajar dan mualaf sama ada berbentuk wang, harta benda atau perkhidmatan.
  5. Menjaga Hubungan Dengan Allah Dan Manusia - Taat kepada perintah Allah dan berkasih sayang sesama muslim.

Faktor-faktor Mencapai kejayaan Di Dunia Dan Di Akhirat


Sebelum melakukan sesuatu, kita memerlukan perancangan dan persediaan agar mendapat natijah dan hasil yang baik. Begitu juga untuk menghadapi hari akhirat, kita perlu membuat persediaan yang secukupnya kerana kejayaan di dunia akan membawa kepada kejayaan di akhirat. Antara faktor-faktor mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat adalah seperti yang berikut:

Faktor Kejayaan Di Dunia

  1. Istiqanmah dalam setiap pekerjaan yang baik.
  2. Bersunggugh-sungguh dan rajin.
  3. Suka membantu orang lain.
  4. Berakhlak dan berkeperibadian mulia.

Faktor Kejayaan Di Akhirat

  1. Berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jammah.
  2. Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib dengan sebaiknya.
  3. Menyempurnakan amalan sunat.
  4. Melaksanakan amar ma'aruf nahi munkar dalam kehidupan

Kepentingan Persediaan Menghadapi Hari Akhirat

Antara kepentingan membuat persediaan menghadapi hari akhirat ialah :

  1. Supaya manusia mencukupkan bekalan untuk hari akhirat.
  2. Supaya manusia tidak tergolong di kalangan orang yang rugi.
  3. Agar umat Islam mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
  4. Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalannya di dunia akan mendapat pembalasan di akhirat.

Persediaan Menghadapi hari Akhirat



Maksud Hari Akhirat

Hari Akhirat ialah alam yang kekal abadi sesudah hari kiamat. Ia merupakan alam baru yang diwujudkan oleh Allah SWT selepas kebangkitan semula manusia. Firman Allah SWT :



3:114
Maksudnya : Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka menyuruh kepada ma'aruf dan mencecah daripada yang mungkar dan bersegera mengerjakan pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh. (Surah Ali Imran :114)

Saturday, 18 January 2014

5 Langkah Menghindari Amalan Yang Menjerumus Kepada Dosa dan Maksiat

Antara langkah yang boleh menghindarkan diri dari terjurumus ke lembah dosa ialah :

  1. Menginsafi keperitan azab di dalam neraka.
  2. Berdoa supaya Allah SWT memberikan kekuatan mwenghindari maksiat dan godaan syaitan.
  3. Melaksanakan hukum-hukum berdasarkan Syariat Islam.
  4. Segera beristigfar dan bertaubat apabila terlanjur melakukan dosa.
  5. Mendampingi ulamak dan orang soleh.

Hikmah dan Pengajaran Allah SWT Mengadakan Neraka


Antara hikmah Allah SWT mengadakan neraka ialah :
  1. Balasan untuk orang yang mengingkari kewujudan Allah dan perintahnya.
  2. Menepati janji Allah yang disebutkan di dalam kitab-kitab suci.
  3. Setiap dosa dan kesalahan yang terlepas hukuman di dunia tidak terlepas menerima hukuman Allah SWT.
  4. Menunjukkan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakinya.
  5. Membuktikan keadilan mutlak Allah SWT pada hari akhirat.

Kesan beriman dengan kewujudan Neraka

Melazimkan amalan membaca Al-Quran walaupun berada di dalam bas yang sesak. Foto Dr Morsi di Indonesia

Antara kesan beriman dengan adanya neraka ialah :

  1. Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT.
  2. Menginsafkan orang yang berdosa agar segera bertaubat.
  3. Menimbulkan kesedaran agar meninggalkan kemungkaran.
  4. Mendorong meningkatkan ketaqwaan dan amanlan soleh.
  5. Melahirkan perasaan takut akan azab Allah SWT dan mengharapkan RahmatNya

Dahsyatnya Keperitan AZAB Neraka

Siksaan neraka amat dahsyat dan menggerunkan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

  1. Api neraka tersangat panas dan boleh meleburkan segala yang dihumbankan ke dalamnya. Kepanasannya semakin bertambah setiap hari. Warna api neraka adalah hitam pekat kerana terlampau panas dan terlalu lama dinyalakan.
  2. Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh kerana dibakar api. Kulit mereka pula akan digantikan dengan kulit baru apabila disambar api. Tubuh badan mereka dijadikan besar supaya bertambah azab yang dialami, contohnya sebatang gigi geraham sebesar Bukit Uhud.
  3. Penghuni neraka sentiasa dalam kesengsaraan selama mana mereka berada di dalam neraka. Mereka juga tiada peluang bertaubat. Mereka meraung-raung kesakitan, mengherdik dan menyalahkan sesama sendiri, menyesal dan menangis sehingga mengalirkan air mata darah, dan berputus asa serta berharap agar mereka kembali menjadi tanah.
  4. Makanan penghuni neraka ialah buah Zakum daripada pohon berduri yang keluar dari dasar neraka Jahim. Apabila dimakan menjadi kotoran minyak yang mendidih di dalam perut. Jika setitik daripadanya jatuh ke bumi akan membinasakan seluruh kehidupan di dunia.
  5. Minuman penghuni neraka ialah air Danur (air yang keluar daripada bangkai atau mayat yang busuk), kotoran darah dan nanah penghuni neraka dan air panas yang menggelegak yang menghancurkan isi perut.
  6. Penghuni neraka diazabkan dengan pelbagai bentuk siksaan. Contohnya tangan mereka dibelengu ke leher, dibelit dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta, dan dipatuk oleh binatang-binatang yang amat berbisa seperti ular serta kala jengking.
Begitulah antara gambaran dahsyatnya kesengsaraan azab neraka. Kita mestilah berasa takut dan gerun dengan azab Allah SWT. Oleh itu kita wajib menjauhi segala kemungkaran dan dosa samada kecil atau besar supaya kita terselamat dari neraka. Nauzubillahi min zalik.

Sumber Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 3

Bukti Kewujudan Neraka


Antara bukti-bukti kewujudan neraka ialah sebagaimana berikut :

  1. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran  dan Hadis yang menceritakan tentang neraka dan sifat-sifatnya.
  2. Rasulullah SAW telah melihat neraka dan keadaan penghuninya dalam peristiwa Israa' wal Mi'raj.
  3. Tentera bergajah yang dipim[pin oleh Abrahah telah dimusnahkan dengan batu Sijjil yang didatangkan dari neraka.
  4. Api yang digunakan hari ini membuktikan kewujudan api neraka yang panas melebihi 70 kali ganda.
  5. Di dunia manusia membuat penjara untuk menghukum penjenayah, sudah tentu di akhirat pula Allah SWT yang maha adil menyediakan neraka untuk menghukum orang yang mengingkari peraturan dan laranganNya.

Thursday, 16 January 2014

Nama-nama Neraka



pintu neraka Uzbekistan 300x235 Lelaki Juga Ramai Masuk
 Neraka

Nama-nama neraka dan maksudnya yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah seperti berikut :

  1. Jahannam - Nama neraka berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud tempat balasan siksa yang abadi selepas mati.
  2. Sai'ir - Api yang menyala-nyala
  3. Ladha - Api yang bergelojak
  4. Saqar - Api yang membakar kulit
  5. Jahim - Api yang menyala-nyala
  6. Hawiyah - Api yang sangat panas
  7. Hutomah - Api yang dinyalakan

Kepentingan Beriman Dengan Adanya Neraka

neraka

Adapun kepentingan beriman dengan wujudnya neraka ialah seperti berikut:

  1. Melengkapkan Rukun Iman dan memastikan kebenaran aqidah Islam.
  2. Menghalang manusia melakukan maksiat dan dosa.
  3. Menambahkan keyakinan bahawa setiap kejahatan pasti akan diberikan balasan yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan di dunia.

Neraka Balasan Kejahatan Dan Siksaan

 







Maksud Neraka

Neraka ialah tempat  balasan siksa yang disediakan Allah SWT kepada orang kafir, orang munafik yang yang berpura-pura Islam dan orang Islam yang melakukan dosa. Keimanan kita terhadap neraka adalah sebahagian daripada keimanan kepada hari akhirat. Sesiapa di kalangan umat Islam yang mendustakan kewujudan neraka atau tidak percaya adanya balasan neraka, akan menjadi murtad atau terkeluar dari Islam. Oleh itu, kita wajib beriman kepada kewujudan neraka dan berusaha memelihara diri daripadanya.

Firman Allah SWT


2:24
Maksudnya : Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah dirimu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya : manusia dan batu, yang disediakan bagi orang yang kafir.(Surah Al-Baqarah : 24)

Hikmah Allah Mengadakan Syurga



Antara hikmah Allah SWT  mengadakan syurga ialah seperti berikut :

  1. Menjadi motivasi kepada manusia untuk patuh kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh.
  2. Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan di dunia akan diberi ganjaran yang istimewa di akhirat.
  3. Menjadi bukti kebesaran dan rahmat Allah SWT terhadap hamba yang beriman dan beramal soleh.
  4. Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia adalah amat sedikit, terlalu rendah nilainya dan tidak kekal jika dibandingkan dengan nikmat syurga. 

Ketinggian Nikmat Syurga



Allah SWT menyediakan segala kesenangan, kesukaan dan kelazatan di dalam syurga untuk hambanya yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah SWT dalam sebuah hadis Qudsi,
Maksudnya : Aku sediakan bagi hambaku yang soleh, syurga yang tidak pernah mata nelihat, tidak pernah telinga mendengar dan tidak pernah terlintas di hati seseorang. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Allah SWT menjelaskan nikmat-nikmat syurga di dalam Al-Quran sebagai satu anugerah kepada hambanya yang taat. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa beramal dengan ikhlas dan mengikut syarak supaya mendapat balasan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antara nikmat-nikmat syurga ialah :
  1. Kata alu-aluan dan ucapan lunak yang diucapkan kepada penghuni syurga.
  2. Pakaian dan persalinan yang terdiri daripada sutera dan perhiasan daripada emas serta perak.
  3. Bidadari jelita sentiasa menemani dan melayan penghuni syurga.
  4. Pelayan-pelayan yang dipanggil Wildan yang terdiri daripada remaja-remaja lelaki sentiasa melayan penghuni syurga.
  5. Makanan yang lazat terhidang mengikut citarasa penghuninya.
  6. Mahligai daripada emas dan perak.
  7. Buminya daripada perak dan air sungainya daripada susu, madu, arak dan air yang lazat.
  8. Taman yang indah dan terbentang luas dipenuhi dengan pohon-pohon dan alunan suara dengan irama yang sangat merdu.
  9. Dapat melihat wajah Allah SWT, inilah nikmat paling besar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada penghuni syurga.



Bukti Kewujudan Syurga


Antara bukti-buktinya ialah :

  1. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang syurga.
  2. Rasulullah SAW telah melihat syurga dan keadaan penghuninya dalam peristiwa Israa' wal Mi'raj.
  3. Nabi Adam AS dan Hawa pernah tinggal di dalam syurga sebelum diturunkan di dunia.
  4. Terdapat para sahabat RA yang dijanjikan dengan syurga pada hari akhirat.

Nama-nama Syurga


Nama-nama syurga yang terdapat dalam Al-Quran adalah seperti yang berikut :
  1. Jannatu Adnin - Tempat Kediaman
  2. Jannatun Naim - Tempat Dipenuhi Nikmat
  3. Jannatul Ma'awa - Tempat Berteduh
  4. Jannatul Firdaus - Tempat Kediaman
  5. Maqamun Amin - Tempat yang Aman
  6. Darul Khulud - Tempat Yang kekal
  7. Darus Salam - Tempat Yang Selamat

Kepentingan Beriman Kepada Adanya Syurga

 Keindahan syurga lebih indah dr view ini

  1. Melengkapkan Rukun Iman dan memastikan kesahihan aqidah.
  2. Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
  3. Meyakinkan bahawa kebaikan akan diberikan ganjaran (reward) baik pada hari akhirat 

Wednesday, 15 January 2014

Syurga Ganjaran Kebaikan

Maksud Syurga

Syurga dalam bahasa Arab disebut Al-Jannah yang bererti  sebuah taman yang indah dipenuhi dengan pelbagai nikmat dan keselesaan. Menurut syarak, syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka dibangkitkan semula pada hari akhirat. Al-Quran menjelaskan kewujuda syurga dalam firman Allah SWT.

3:133
Maksudnya : Dan syurgalah menuju keampunan tuhanmu dan memasuki syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang yang bertaqwa. (Surah Ali Imran : 133)

Amalan Supaya Berjaya Melintasi Titian As-Syirat

Setiap individu muslim wajib beramal dengan amalan kebaikan dan kebajikan bagi memudahkan melintasi Titian Asy-Syirat dan seterusnya dapat menuju ke syurga. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah :

  1. Beristiqamah dalam melakukan kebaikan seperti taat kepada ibubapa dan mematuhi syariat Allah SWT.
  2. Mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah seperti solat, tidak minum arak dan tidak berzina.
  3. Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada manhaj Allah SWT seperti percaya kepada Rukun Iman dan melaksanakan Rukun Islam.
  4. Berjuang menegakkan Islam di muka bumi dan melaksanakan hukum serta Syariat Islam.

Hikmah beriman kepada Asy-Syirat



Antara hikmah percaya kepada Asy-Syirat ialah :

  1. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  2. Memberi kesedaran supaya beramal soleh semasa di dunia
  3. Memberi keinsafan kepada manusia agar menjauhi larangan Allah SWT.
  4. Membuktikan kekuasaan dan keadilan Allah SWT.
  5. Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba ke arah kebajikan.

Keadaan manusia ketika melalui Titian Asy-Syirat






Kepantasan pergerakan orang yang beriman semasa melalui titian Asy-Syirat bergantung kepada amalan soleh masing-masing ketika hidup di dunia. Manakala orang yang kufur kepada Allah SWT, mereka akan tergelincir ke dalam neraka semasa melalui Titian Asy-Syirat.

Sabda Nabi SAW.
Maksudnya : Semua manusia akan melalui titian di atas neraka... Ada yang bergerak pantas seperti kilat, ada yang bergerak seperti angin, ada pula yang bergerak seperti kuda yang berlari, dan ada yang berjalan kaki, merangkak dan mengesot... (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepentingan beriman kepada adanya Asy-Syirat


Antara kepentingan beriman dengan Asy-Syirat adalah seperti berikut:

  1. Melengkapkan kepada kepercayaan Rukun Iman.
  2. Melahirkan individu muslim yang baik.
  3. Amalan yang dilakukan bertepatan dengan Syariat Allah SWT.
  4. Membanyakkan amalan agar mudah melalui titian Asy-Syirat

Sunday, 12 January 2014

Titian Asy-Syirat


Maksud Asy-Syirat

Asy-Syrirat dari segi bahasa maksudnya jalan. Menurut syarak Asy-Syirat ialah titian yang menentang di atas neraka menuju ke syurga. semua manusia akan melalui titian Asy-Syirat. Namun kepantaasan menyeberangi titian tersebut berdasarkan amalan soleh masing-masing di dunia. Manakala orang kafir mereka akan jatuh ke dalam api neraka ketika melalui titian Asy-Syirat ini.

Dalam Sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidina Othman RA. Nabi bersabda.
Maksudnya: Pada neraka jahanam itu ada satu titian yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang (Hadis Riwayat Ahmad)

Tuesday, 7 January 2014

Perbezaan Konsep Al-Mizan Di Akhirat Dengan Pertimbangan Di Dunia

  
Al-Mizan Di Akhirat

  1. Menyeluruh, adil dan telus.
  2. Dilaksanakan tanpa dipengaruhi emosi atau diskriminasi.
  3. Tetap dan tegas
  4. Berdasarkan zahir dan batin

Pertimbangan Di Dunia

  1. Terbatas dan tidak terjamin ketepatannya.
  2. Terdedah kepada pengaruh emosi dan diskriminasi
  3. Boleh berubah-ubah
  4. Berdasarkan zahir sahaja

Hikmah Beriman Dan Percaya Adanya Al-Mizan

1. Membuktikan keadilan Allah SWT yang mutlak.
2. Mendorong manusia melakukan amalan soleh.
3. Mencagah manusia dari melakukan kejahatan dan kemungkaran.
4. Melahirkan manusia yang bersifat adil dan tegas pendirian.
5. Membentuk sifat takut (ghosyah) terhadap balasan dan siksaan buruk pada hari kiamat.

Hubungan antara Al-Mizan dengan Al-Hisab


Ikutilah perbualan berikut:

Sakina : Ustaz, apakah hubungan antara Al-Mizan dengan Al-Hisab?

Ustaz : Bagus, solan kamu Sakina, baiklah siapa oleh jawab hubung kait antara Al-Mizan dengan Al-Hisab...

Fateh : Saya Ustaz, Al-Mizan berlaku selepas Al-Hisab.

Ustaz : Ya betul, Al-Hisab ialah proses pengiraan, mensabitkan amalan manusia samada baik atau jahat, pahala atau dosa. Kemudia Al-Mizan ialah proses neraca menimbang atau penentuan keputusan menyatakan balasan syurga atau neraka kepada manusia selepas berakhirnya Al-Hisab

Kepentingan Beriman Kepada Peristiwa Al-Mizan


Pelaksanaan Al-Mizan adalah untuk menentukan tempat seseorang sama ada ke syurga atau ke neraka.

Firman Allah SWT
 فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ 
(Maksudnya : Dan adapun orang yang berat timbangan kebaikan, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbang kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah. (Surah Al-Qariah : 6-9)

Ayat di atas menerangkan bahawa berat atau ringan timbangan seseorang itulah yang menentukan tempatnya samada ke syurga atau ke neraka. Beriman kepada Al-Mizan akan mendorong kita rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh supaya timbangan kebaikan kita menjadi berat pada hari kiamat.

Beriman kepada Al-Mizan juga akan memantapkan akidah dan syahsiyah kita. Keyakinan kita bahawa Allah SWT maha adil akan kukuh kerana Al-Mizan membuktikan keadilan Allah yang mutlak dalam memutuskan hukuman ke atas manusia. Syahsiyah kita pula akan mantap kerana beriman kepada Al-Mizan menuntut kita supaya mengamalkan sifat adil dan tegas pendirian dalam kehidupan. Oleh itu, kita wajib beriman kepada Al-Mizan dan jangan meragui kewujudannya.

Monday, 6 January 2014

Al-Mizan Neraca Keadilan


Maksud Al-Mizan

Al-Mizan bermaksud neraca atau penimbang. Pada hari kiamat semua amalan manusia akan dijelmakan dalam bentuk jirim dan diletakkan di atas Al-Mizan, timbangan menyeluruh, tepat dan adil.

Firman Allah SWT

وَنَضَعُ الْمَوَزِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَمَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْءا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَسِبِينَ

Maksudnya : Dan ingatlah, Kami akan mengadakan neraca timbangan yan adil untuk menimbang amalan makhluk pada hari kiamat,  maka tidak ada sesiapa yang akan teraniaya sedikitpun, dan jika amalannya itu seberat biji sawi sekalipun nescaya Kami akan mendatangkan pahalanya dan cukuplah Kami sebagai penghitung. (Surah Al-Ambiya : 47)


Al-Hisab Dan Kaitan nya Dengan Tamadun Masyarakat Madani


Kepercayaan kepada Al-Hisab mewujudkan masyarakat yang sentiasa berhati-hati dan teliti dalam setiap perbuatan yang dilakukan. Para pekerja yang sentiasa bermuhasabah akan meningkatkan kualiti sebuah kerajaan.

Hakim yang bermuhasabah akan sentiasa berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman kerana takutkan Allah SWT dan tidak dipengaruhi oleh elemen rasuah dan pemimpin politik. Doktor yang bermuhasabah akan memberi rawatan secara ikhlas dan terbaik dan murid dan guru yang bermuhasabah akan menjadikan sekolah atau madrasah menjadi cemerlang.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, tamadun masyarakat moden yang gemilang dapat dibentuk dan diwujudkan sebagaimana contoh kejayaan dalam kehidupan bermasyarakat di zaman Nabi SAW dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

Kepentingan Beriman Dengan Al-Hisab Dalam Kehidupan



Kepentingan beriman kepada Al-Hisab dalam kehidupan manusia ialah :

1. Supaya manusia tidak menyimpang dari matlamat hidup.
2. Memberi motivasi ke arah melakukan amalan soleh.
3. Membentuk masyarakat yang sanggup berjihad mempertahankan kesucian Islam.
4. Melahirkan pemimpin yang menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.
5. Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersaing untuk melakukan kebajikan.
6. Mendorong manusia supaya tidak melakukan penindasan dan kezaliman.

Hikmah Adanya Hari Perhitungan (Al-Hisab)



1. Agar kita sentiasa berwaspada melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan.
2. Takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab.
3. Menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
4. Mendorong manusia supaya menegakkan keadilan dan menjauhi kezaliman
5. Menggalakkan manusia melakukan kebaikan untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT di dunia dan akhirat.